Perutusan takziah buat saudari Izzaturrahmi
Takziah diucapkan kepada ahli ISMA Australia, saudari Izzaturrahmi Muhd Ujang di atas ujian yang telah menimpa beliau baru-baru ini di mana ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah pada 8 Ogos 2010 (Ahad).
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)



Inna lillah wa inna ilaihi rajiun
Yang kekal hanyalah Allah.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.