|

Pendaftaran 4 cawangan ISMA diluluskan

Bandar Baru Bangi Alhamdulillah, pendaftaran empat cawangan ISMA iaitu Kepala Batas, Kuala Pilah, Port Dickson dan Sabah telah diluluskan dengan rasminya oleh ROS baru-baru ini.

Penerimaan pendaftaran cawangan-cawangan ini diharap akan membolehkan ISMA bergerak dengan lebih kemas dan tersusun agar mencapai segala objektif yang telah digariskan.

Encik Ja’far bin Suradi, Yang Dipertua Penaja ISMA Port Dickson mengungkapkan rasa syukur kepada Allah SWT dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha Jabatan Setiausaha ISMA dalam mempercepatkan pendaftaran cawangan Port Dickson.

Kelulusan penubuhan ini diharap akan memotivasikan semua ahli ISMA Port Dickson untuk bekerja lebih kuat dalam menggerakkan amal di medan supaya masyarakat akan lebih mengenali ISMA sebagai sebuah NGO dakwah yang benar-benar bekerja untuk meninggikan syiar agama Islam di Port Dickson khususnya, ujar beliau ketika dihubungi wartawan Media ISMA.

Encik Ja’far juga mengalu-alukan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar daripada cawangan-cawangan lain yang telah lama beroperasi dari semua aspek samada pentadbiran mahupun gerak kerja amal di medan dakwah.

10 Komen untuk entri “Pendaftaran 4 cawangan ISMA diluluskan”

  1. idayu says:

    Salam,

    Bagaimana jika ingin menjadi ahli di PD?
    Apakah syarat jika ada. atau keperluan dokumennya.?

  2. paknap says:

    mabruk buat ISMA!

  3. Azril Hanafi says:

    ISMA Cawangan Port Dickson:

    YDP: Encik Ja’far bin Suradi (019-6624869)
    Naib YDP: Dr Yusof bin Abbas (012-7359094)
    Setiausaha: Ustaz Razman bin Ibrahim (013-2922468)
    Ketua Wanita: Ustazah Hayati bt Md Zari (013-3755308)

  4. bilal_jailani says:

    Alhamdulillah. Keren!

  5. admin says:

    waalaikumussalam. kpd idayu, utk mendaftar, sila dapatkan borang keahlian di laman web rasmi ISMA:
    http://www.ismaweb.net/v4/muat-turun/keahlian/

    isi & kemudian hantar ke alamat perhubungan yang tertera di:
    http://www.ismaweb.net/v4/hubungi-kami/

    anda juga boleh terlibat sbg sukarelawan ISMA di N9 dgn memberikan maklumat peribadi ke isma.negerisembilan@gmail.com.

  6. hamzah tahar says:

    asalamualaikum wrt wbt saudaraku,

    ISMA – ada cawangan ke belum di terengganu ? khususnya di kuala terengganu atau mana jua daerah dalam terengganu.

    terimakasih

  7. Hafiz Shazelan says:

    to saudara hamzah tahar: Isma Terengganu dah ada. Boleh buka website ismaterengganu.wordpress. atau hubungi wakil di sana.
    Encik Nasrol Muhaimin- 0139821983

  8. ibnuhussen says:

    Alhamdulillah & tahniah buat para duat yg sentiasa bergerak utk memastikan dakwah & fikrah ini sampai ke setiap rumah di Malaysia & seluruh dunia Insyaallah.

  9. alisya sofia says:

    salam…
    sy nk tye ttg lokasi cawangan ISMA yg dibuka di sabah.
    jzk

  10. admin says:

    to alisya sofia: untuk maklumat lanjut berkenaan ISMA Sabah, boleh hubungi YDP, Ustaz Sarip Adul (0138701881) atau Setiausaha, Armi Faizal 0162200817.