Pecutan terakhir sebelum Ramadhan
Hayyu Asyir, 9 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Mesir (ISMA-Mesir) telah menganjurkan Program Isti’dad Ramadhan yang diberi tema ‘Ramadhan Terakhir’ di Dewan Rumah Sarawak.
Program bermula pada jam 5.40 petang. Turut hadir Pengerusi ISMA-Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy dan Setiausaha ISMA-Mesir, Ustaz Qamarul Naim.
Hadirin disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan berfaedah, antaranya forum, tayangan video dan persembahan pentomen.
Forum yang mengambil masa hampir sejam setengah dikendalikan oleh Ustaz Syed Ahmad Israa’ bersama dua orang ahli panel iaitu Ustaz Abdullah dan Saudara Mohd Irfan.
Hadirin juga disediakan dengan ‘Kombo Ramadhan’ yang merupakan cadangan aktiviti yang akan dilakukan ketika Ramadhan mengikut kemampuan yang dibahagikan kepada tiga pakej dan disertakan dengan keterangan-keterangan bagi setiap pakej.
Menurut Saudara Mohd Ikmal, selaku pengarah program, program ini dirancang sebagai pecutan terakhir sebelum ketibaan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Program berakhir sekitar jam 9.00 malam selepas hadirin dihidangkan dengan persembahan nasyid dan jamuan.
Sumber: Laman Web ISMA Mesir



Wah, dah lama tak dengar pengisian daripada abg Syed… Kalau boleh, ade sesiapa yang rakam, uploadkan..