Melayu perlu bangkit perkasa jatidiri Islam sepenuhnya
SHAH ALAM, 8 Ogos – Ummah Melayu akan kembali hebat apabila kembali kepada kekuatan yang berasaskan Islam secara menyeluruh dengan mengetepikan segala ancaman serta pengaruh budaya luar yang tidak bertepatan dengan acuan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Menurut Dr Amirudin Wahab selaku Yang Dipertua ISMA Cawangan Shah Alam & Klang, ISMA berkeyakinan bahawa ummah Melayu akan kembali hebat sepertimana dahulu hanya apabila ummah Melayu kembali kepada kekuatan yang berasaskan Islam.
“Membangunkan semula jatidiri dan keperibadian umat Melayu berasaskan Islam sehingga ia menjadi umat yang kuat, bersatu padu dan memiliki risalah merupakan usaha asas di dalam mengembalikan kegemilangan Islam di negara ini”, ujar beliau lagi.
Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk membangkitkan semula kesedaran politik di kalangan umat Islam supaya merasai tanggungjawab mempertahankan kuasa Islam dan mengutamakan kepentingan umum mengatasi peribadi.
Dr. Amirudin yang ditemui di majlis perasmian pejabat ISMA Cawangan Shah Alam & Klang hari ini, menzahirkan kerisauan beliau terhadap situasi politik kini yang terumbang-ambing sehingga boleh mengancam ketuanan Islam di negara ini.
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang

