JKP ISMA ziarahi saudara Nuraizam
Ustaz Mohamad Ismail menyampaikan sumbangan kepada saudara Nuraizam.
Dua orang ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA iaitu Ustaz Mohamad Ismail dan Ustaz Wan Hisham Wan Embong daripada Sekretariat Dakwah & Sosial ISMA baru-baru ini telah mengadakan kunjungan ziarah ke atas seorang aktivis ISMA di Sarawak, saudara Nuraizam bin Idris.
Saudara Nuraizam kini sedang terlantar di Hospital Umum Sarawak setelah terlibat dalam satu kemalangan pada 18 Julai 2010 yang lepas. Beliau merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Sebagai tanda keprihatinan dan bantuan bagi meringankan ujian yang menimpa saudara Nuraizam dan keluarga, Ustaz Mohamad juga telah menyampaikan sedikit sumbangan yang diperolehi menerusi kempen derma kilat di kalangan ahli-ahli ISMA.
ISMAWeb mendoakan agar Saudara Nuraizam dan seluruh keluarga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini. Didoakan juga semoga beliau akan segera sembuh dan dapat meneruskan amal-amal dakwah dengan lebih bersemangat insya Allah.
Saudara Nuraizam boleh dihubungi di talian 013-8254023 atau 013-8073201.



Daripada ikhwah2 sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKP pusat diatas kesudian menziarahi akhi aizam dan ikhwah/akhwat sarawak. Alhamdulillah sumbangan yg disampaikan hasil derma ikhwah/akhwat ISMA seluruh malaysia sangat membantu akhi aizam sekeluarga. Kami rasa terharu dan gembira atas kunjungan tersebut. Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan dan mengekalkan rasa cinta dan sayang dalam hati-hati kita. pepatah melayu ada bermadah: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
sekali lagi. terima kasih tidak terhingga kami ucapkan.
salam, semoga akh aizam akan pulih, terima kasih juga kepada JKP Isma
Tapi ini pandangan saya la, rasa tak perlu la nk tunjuk2, bergambar dengan cek dan gambar diletakkan diweb. Takut ade niat lain di sebalik tindakan tersebut. Kita bukan seperti org umno yang saja nk bagitau dunia mereka memberi sumbangan dan dengan naik ke atas pentas dan menyerahkan cek yang besar tu
maaf jika pendapat ini tidak benar
wassalam
musibah yang menguji keteguhan iman dan keikhlasan berukhuwwah
jutaan penghargaan buat ikhwah di sarawak yang sedaya upaya membantu akhi aizam dan keluarga
lega kami yang di kejauhan ini mendapat tahu mereka dijaga dengan baik
semoga akh aizam dikuatkan semangat untuk terus berjuang dan berdakwah
begitu juga buat isteri dan anak-anaknya
hamba allah: gambar sekadar formaliti. memberitahu semua yang telah menyumbang bahawa wang mereka sudahpun diserahkan pada yang berhak menerimanya