Saksikan Presiden ISMA dalam rancangan Hujah di TV9 malam ini
Ikuti perkembangan semasa umat Islam di Palestin melalui rancangan Hujah di TV9 pada malam ini (14 Julai 2010), pukul 10.30 malam yang akan membincangkan tajuk ‘Benarkah Sekatan Bantuan Kemanusiaan di Gaza Ditarik Balik?’.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman akan tampil sebagai ahli panel bersama Dato’ Mukhriz Tun Mahathir, Penyelaras Aman Malaysia dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Program ini akan dikendalikan oleh En. Fuad Abdul Rahman.
Ustaz Abdullah Zaik baru sahaja kembali daripada mengetuai satu misi kemanusiaan Aman Palestin yang telah berjaya membawa masuk bantuan kemanusiaan bernilai kira-kira USD100,000 ke Gaza melalui sempadan Rafah. Rakyat Malaysia berpeluang mendengar sendiri pengalaman peribadi beliau dalam misi kemanusiaan ini serta situasi sebenar yang dialami umat Islam di Palestin ketika ini.



Terima kasih untuk makluman. InsyaAllah saya akan menonton…..
x sabar rasanya nk tonton mlm ni…insyaAllah