Media ISMA anjur kursus penulisan rencana
Encik Zulkifli Sulong, salah seorang tenaga pengajar
Bandar Baru Bangi, 11 Julai – Satu kursus penulisan rencana anjuran Biro Media dan Penerangan ISMA telah berjaya diadakan di ibu pejabat ISMA di sini yang melibatkan kira-kira 15 orang peserta daripada kalangan ahli-ahli ISMA.
Kursus sehari ini dikendalikan oleh dua orang tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan rencana tanahair iaitu Encik Zulkifli Sulong (Ketua Pengarang Harakah Daily) dan Encik Mohd Sayuti Omar (Ketua Pengarang Siasah).
Sebahagian peserta kursus penulisan rencana
Kursus penulisan rencana ini antara lain bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta berkenaan ciri-ciri penulisan rencana yang baik, selain berkongsi pengalaman daripada kedua-dua tenaga pengajar tentang cara untuk menghasilkan rencana yang mampu menarik perhatian massa.
Turut hadir dalam kursus ini ialah Tuan Haji Aminuddin Yahaya (Setiausaha Agung ISMA) dan Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman (Ketua Biro Media & Penerangan ISMA).



