KONWANIS melonjakkan jati diri wanita Islam
Ustazah Norlida, Pengarah KONWANIS 2010
Port Dickson, 24 Julai – Perjuangan untuk memartabatkan jati diri wanita Islam perlu diteruskan sebagai kesinambungan daripada dakwah Rasulullah s.a.w. 1400 tahun yang lalu, menurut Ustazah Norlida Bt. Kamaruddin, Pengarah Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) 2010.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan KONWANIS 2010 yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson hari ini.
“Selagi umur dunia masih ada, usaha untuk menjelaskan kepada wanita Islam tentang identiti, jati diri dan peranan mereka mestilah diteruskan kerana isu-isu ini tidak akan selesai selagi mana masih ada musuh-musuh Islam yang cuba menghapuskan jati diri umat Islam dengan perancangan yang sangat tersusun”, tambah beliau yang juga Naib Ketua Wanita ISMA.
“Melalui KONWANIS, kita mempunyai agenda khusus untuk memartabatkan jati diri wanita Melayu Islam yang semakin terhakis melihatkan kepada gejala keruntuhan akhlak yang sering diperkatakan selain daripada masalah jenayah di kalangan remaja, gejala pembuangan bayi yang berleluasa dan sebagainya “, ujar beliau apabila ditanya mengenai objektif KONWANIS diadakan.
Selain bertujuan untuk menjelaskan identiti dan jati diri wanita daripada perspektif Islam, KONWANIS juga mempunyai objektif untuk memimpin wanita dalam mendepani cabaran sosial di pasca moden dan memartabatkan Islam sebagai penyelesai masalah dan jalan keluar.
Peserta-peserta KONWANIS 2010
Dewan Wawasan yang mempunyai kapasiti 1000 orang kelihatan sesak dipenuhi oleh golongan wanita yang hadir dari segenap lapisan masyarakat dan pelbagai latar belakang.
Menurut Ustazah Norlida lagi, walaupun sasaran pengajur dari segi bilangan kehadiran sudah tercapai, beliau menyatakan bahawa program seperti KONWANIS perlu diadakan di kawasan yang lebih besar agar lebih ramai golongan wanita berpeluang untuk hadir.
“Saya masih belum berpuas hati dengan bilangan kehadiran pada hari ini melihatkan nisbah bilangan wanita yang ‘bercakap’ tentang Islam dengan masyarakat umum adalah terlalu besar”, kata beliau.
“Saya menyokong saranan Presiden ISMA untuk mengadakan KONWANIS di arena yang lebih besar seperti di stadium dan sebagainya untuk menampung bilangan peserta yang lebih ramai pada masa hadapan”, tambah beliau lagi.
Oleh: Mohd Faizal Uzairi,
Wartawan,
Media ISMA




Tahniah Wanita ISMA…!
Teruskan usaha bagi mengorak langkah maju ke hadapan.
Wanita ISMA boleh pergi lebih jauh lagi dengan peningkatan komitmen dan kesediaan untuk berubah.
Syabas dan teruskan perjuangan.
subahanallah.
mantap!
teruskan perjuangan
~
[...] 1)KONWANIS from ismaweb,click here. [...]
Alhamdulillah,ana ucapkan tahniah kepada wanita ISMA yang berjaya melaksanakan KONWANIS. InsyaAllah,banyak pesanan2 dan kesedaran2 yang ana dapat di KONWANIS agar dapat sama2 kita tegakkan Islam.
[...] Biro Wanita Isma klik sini klik sini [...]