Zionis tetap Zionis
Tidak ada cara untuk mengalahkan Zionis melainkan dengan perang. Manusia yang takbur, tidak mengiktiraf hak-hak kemanusiaan tidak perlu dibiarkan wujud di dunia ini.
Zaionis sudah lama memerangi kita; melalui sistem pendidikan, ilmu-ilmu yang disogok, fakta-fakta yang diputarbelit, neraca nilai yang diubah, melalui adat budaya yang dijadualkan, pesta-pesta lupa akhirat yang dipromosikan, nafsu-nafsu sex yang dibangkitkan, diprovokasikan dan anak-anak gadis manusia yang dirosakkan. Anak-anak lelaki dididik menjadi lembik, tidak sanggup berjuang, berkhayal dengan muzik dan gila sex. Anak-anak gadis dihilangkan perasaan malu kepada maksiat tetapi menjadi malu jika dilihat warak dan bertakwa.
Golongan yang berjuang saling menuding jari menyalahkan sama sendiri kerana terperangkap dengan budaya fikir politik yang mementingkan sokongan majoriti melalui memburuk-burukkan pihak lawan. Budaya ini membuakkan perasaan hasad dan iri hati, memadamkan rasa ihsan, kasih-sayang dan berbaik sangka sesama muslimin. Sikap pemaaf, mencari ruang untuk memberi kemaafan seolah-olah tertutup dan diganti dengan perasaan dendam dan melobi orang lain untuk sama-sama berdendam.
Namun itulah kehendak Allah kerana menguji manusia dan sebagai bukti di akhirat siapakah yang layak menghuni syurgaNya. Sudah menjadi sunnatullah menjadikan dunia pentas perjuangan, tempat bekerja bagi merealisasikan misi yang telah ditentukan Allah kepada manusia.
Allah menguji kita dan Allah ingin melihat siapakah di antara kita yang “Ahsanu Amala” terbaik kerja-kerjanya; berhati-hati, memerhati, menilai, membanding, mencari yang terbaik, melakukannya dengan teliti, tersusun dan tidak terburu-buru.
Cukuplah peristiwa pembunuhan Zionis terhadap anak-anak kapal bantuan ke Gaza ini meyakinkan kita siapa sebenar Zionis..
Realiti kita hari ini diselubungi jahiliyyah kurun ke-20… sofistikated, terancang sejak proses menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah di awal abad ke-14 lagi.
Kerja-kerja kita mendidik generasi pelapis untuk hidup di bawah naungan al-Quran, membina semula individu Islam, keluarga Islam dan daulah Islam berasaskan ukhuwwah imaniyyah dan tadayyun total adalah kerja menghidupkan sunnah perjuangan Nabi s.a.w. ketika jahiliyyah menguasai dunia.
Semoga kegagalan menghantar bantuan ke Gaza merupakan kejayaan besar dalam membuka mata dunia terhadap hakikat Zionis ini.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Yang Dipertua ISMA DHL
Blog: Renungan2u


walaupun kita mempunyai pasukan perang yang hebat tetapi sekiranya tidak di takdirkan Allah untuk menang, jangan harap hendak menang. kerana apa? umat islam tidak bersatu, masalah2 umat islam masih tidak dapat di selesaikan (wanita tidak menutup aurat, solat yg masih lagi terumbang ambing dan banyak lagi) lihat sejarah salehudin al ayubi, kerana pasukannya yang tidak melakukan solat malam sahaja, tetapi selepas di tegur barulah pasukannya mencapai kemenagan. sekiranya Allah menghendaki yahudi laknat itu hancur, dah lama dah hancur.Namun itulah kehendak Allah kerana menguji manusia…