|

Tragedi kemanusiaan, Barat patut umum berkabung

Belum habis menyusun ayat mendoakan keselamatan konvoi kemanusiaan yang dijadualkan sampai di perairan Gaza petang ini, agar tiba ke destinasi dengan selamat, saya menerima mesej awal konvoi telah diserang.

Inna lillah wainna ilaihi rajiun, kini 19 orang dilaporkan syahid dan 70 lagi cedera. Hubungan dengan konvoi terputus.

Israel benar-benar telah mengumumkan apa yang ia akan lakukan ke atas konvoi. Tiada siapa jangka ia akan benar-benar melaksanakannya, kerana ia adalah misi kemanusiaan dan kemanusiaan adalah falsafah hidup Barat.

1.5 juta rakyat Gaza hidup dalam kepungan, dinafikan hak-hak kemanusiaan mereka. Atas asas kemanusiaan yang sama diperjuangkan oleh Barat, konvoi kemanusiaan yang dianggotai oleh lebih 40 buah negara termasuk dari Eropah dilancarkan.

Tetapi negara yang didokong oleh Amerika dan Eropah itu sudak tidak berperikemanusiaan lagi. Serangan ke atas konvoi kemanusiaan yang membawa bantuan kemanusiaan kepada manusia yang ternafi hak kemanusiaannya adalah tragedi ke atas kemanusiaan itu sendiri.

Justeru, saya menyeru semua negara Barat yang menyokong Israel supaya mengumumkan hari ini, 31 Mei 2010 sebagai hari berkabung ke atas kemanusian.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku

5 Komen untuk entri “Tragedi kemanusiaan, Barat patut umum berkabung”

  1. cikgu rahim says:

    “Justeru, saya menyeru semua negara Barat yang menyokong Israel supaya mengumumkan hari ini, 31 Mei 2010 sebagai hari berkabung ke atas kemanusian.”

    Nak seru negara, perlukan sebuah negara … atau Isma menyeru kerajaan Malaysia…

  2. annuar says:

    Kadang-kadang umat Islam terperangkap dalam slogan ‘humanisma’ Barat yang bertujuan hanya untuk menghalalkan segala yang dihalalkan Barat dan mengharamkan segala yang di haramkan Barat, satu kebebasan mutlak untuk melaksanakan apa sahaja kecuali Islam.

    Ketahuilah selain daripada Islam adalah Jahiliyyah dan musuh Islam. Oleh itu umat Islam hanya perlu bersatu bersama-sama umat Islam dan tidak mengharapkan bukan Islam menjayakan agenda Islam.

  3. cikgu rahim says:

    dalam sirah, bukan islam membantu pelancaran dakwah….

  4. al-aslami says:

    kalau bantu membantu dibantu sememangnya banyak faktor membantu..
    tetapi kalau sudut Islam sebagai sistem tentunya ia yang terbaik tiada keraguan baginya..
    Muntolaq/Narfud Ahwa’/Laisa Min Toriq Wasot (tiada jalan tengah)..

  5. mesir says:

    dalam sirah, bukan islam juga membantu perpecahan/pertelingkahan umat menjadi lebih parah….