Perihal pertembungan politik di Malaysia terhadap orang Melayu (Siri Akhir)
PERTEMBUNGAN POLITIK
Pertembungan politik yang pertama dalam Islam
Pertembungan pertama dalam Islam berlaku sejurus selepas jasad baginda Rasulullah dikebumikan. Kaum Ansar telah berpakat untuk melantik dan membai’ah Sa’ad bin Ubadah. Kaum Arab Madinah berpendirian bahawa selain sebagai peribumi Madinah, mereka adalah penyumbang yang utama kerana jasa mereka sebagai kaum Ansar. Abu Bakar telah meluru mendapatkan mereka yang sedang bermesyuarat itu lalu memberikan hujjah bahawa kaum Quraish adalah lebih utama kerana lebih rapat dengan Rasullullah dan bermatian-matian dengan baginda. Terma kaum telah diguna oleh kedua-dua pihak. Tetapi nilai takwa telah menjadi ukuruan kedua-dua pihak di dalam mencapai keputusan dan persetujuan.
Dan selepas kematian barisan khulafa’ ar-rasyidin, rentetan pemerintahan Islam ditegakkan dan dikuasai mengikut keturunan walaupun umat telah terpelihara dan berkembang mengikut hukum dan kriteria Islam sepanjang zaman sehinggalah khilafah Islam jatuh dan putus buat kesekian kalinya dalam tahun 1921.
Pertembungan Politik Semasa
Pertembungan politik berlaku di Malaysia disebabkan sistem demokrasi akan menyebabkan berlakunya pertembungan di antara ideologi-ideolgi individu dan parti politik. Ditambah lagi dengan latar belakang perlembagaan Malaysia yang sekular, apabila teokrasi Islam tidak berjalan, maka budaya Islam tidak sempat bercambah. Selepas beberapa generasi, kebiasaan pertembungan ini semakin menjadi tidak beradab dengan adab Islam.
Demokrasi telah diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1951 dalam bentuk demokrasi berparlimen. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Tanah Melayu pada satu masa yang sesuai.
Pilihanraya awal yang diadakan ialah di peringkat perbandaran setelah Akta Majlis Berkuasa Tempatan diluluskan pada akhir 1950. Pilihanraya Bandaran 1951 diadakan di Pulau Pinang sebagai tindakan politik yang awal oleh British untuk menyerahkan kerajaan sendiri kepada Tanah Melayu secara beransur-ansur sebelum pilihanraya negeri dan persekutuan yang akan diadakan bagi memilih kerajaan sendiri. Pilihanraya bandaran Kuala Lumpur diadakan pada Febuari 1952. Pilihanraya ini telah menyaksikan kelahiran satu kerjasama politik di antara parti-parti perkauman bagi melahirkan kejayaan dalam pilihanraya. Independence of Malayan Party (IMP) bekerjasama dengan MIC, dan mendapat tandingan daripada UMNO-MCA. Dengan kerjasama ini, kejayaan menyebelahi UMNO-MCA dalam pilihanraya bandaran Kuala Lumpur itu.
Pemimpin-pemimpin politik adalah individu yang mempunyai persenyawaan di antara ideologi politiknya, penyerahan jiwa raga serta nilai kejayaan. Maka tertonjollah perjuangan berparti-parti di dalam sebuah negara yang demokratik. Begitu juga dengan penganut-penganutnya, di mana profil anutannya akan menentukan kedudukan keahlian samada sebagai pengikut, penyokong, pendokong mahupun ahli biasa.
Dalam proses itu maka pemimpin politik bercakaran sesama sendiri, penyokong angkat sepanduk sana sini. Dalam sidang DUN dan Parlimen mereka dedahkan keburukan orang lain dan memakan masa yang sepatutnya membinncangkan masalah rakyat. Ada yang bertukar parti menjadi katak. Ada yang menjadi lembu untuk dicucuk hidung. Ada yang bercakap tak berhenti-henti seperti burung kakak tua. Ada yang seperti jerung yang lapar. Ada yang digelar Firaun kecil dan Napoleon kecil. Ada juga yang membawa watak hantu raya, menyusahkan orang lain. Ada yang Drakula menghisap darah. Sebab itu politik kita jadi macam rojak.
SKEMA TRANSFORMASI (MANHAJ TAGHYIR)
Kesyumulan Islam selalunya dipandang daripada perspektif bahawa dia adalah satu-satunya deen yang meliputi tauhid, feqah dan tasawwuf serta pertalian di antara dunia dan akhirat.
Sejauh mana pula orang-orang Islam faham bahawa Islam itu begitu syumul sehingga ia juga mempunyai skema bagaimana Islam itu akan diaplikasi serta membuat transformasi terhadap manusia. Kita namakan ia sebagai satu skema sebab ia adalah satu perancangan yang dicipta. Siapa penciptanya kalau bukan Ar-Rabb. Apa nama skema ini kalau bukan As-Sunnah.
Walaupun baginda Rasululullah telah menghadapi satu realiti sebagaimana kita juga ada realiti kita yang dihadapi. realiti di keliling baginda tidak pernah mempengaruhi atau menjadi isu serta agenda baginda. Realliti yang telah dihadapi oleh baginda seperti penguasaan kapitalis yang menindas, perhambaan, perseteruan antara kaum yang berpanjangan, penyekutuan terhadap Allah walau pun mereka mengakui rububiyah Allah, diskriminasi terhadap wanita, minum arak, zina, judi dsb yang memenuhi setiap lorong dan saat tidak pernah menjadi agenda baginda walaupun baginda ditawarkan dengan pangkat dan kuasa.
Para sahabat lebih memilih untuk menerima kesukaran sebagai imtihan kepada iman mereka, sehingga sampai satu peringkat pembuktian (syahadah) pensenyawaan di antara nyawa dan iman mereka. Hanya di atas ummah ini taklif diturunkan oleh Ar Rabb menjadi taklif rabbani dan ditransformasikan oleh tarbiyah dari Ar Rabb.
Fahamilah bahawa para sahabat telah mendapat kesyahidan kerana kematian mereka itu pembuktian (syahadah) iman mereka dan kekalnya mereka didalam skima (manhaj) ini. Sabda baginda kepada Yassir ketika dia disiksa, “Sabran, ‘ala Yassir.”
Yassir dan Sumayyah telah syahid (tahun ke-4 kerasulan) sebelum solat disyariatkan (tahun ke-10 kerasulan), ada yang syahid selepas Al-Quran ditamatkan. Bahkan ada yang syahid di abad 20-an, kerana berada di dalam skema taghyir dan menghidupkan semula skema ini, walau pun syariat Islam belum terlaksana semula.
Transformasi (taghryir) yang benar ini, telah berjaya menyusup ke dalam satu sistem masyarakat dan berjaya serta tidak boleh dihalang-halang, walaupun ada yang disiksa dan dibunuh, ditindas secara ekonomi, soial dan politik.
Disebabkan ia satu taghyir, maka umat yang sama yang ditindas itu akhir telah bangun dan berkeupayaan memerangi penindas-penindas, menghukum kaum Yahudi dsb. Perkembangan ini telah diatur oleh Ar-Rabb.
Taghyir ini terus berjalan walaupun rasulullah telah wafat. Para sahabat, tabi’in dan tabi’it tabi’in telah berijtihat untuk mengembangkan Islam dan mengisi Islam dengan tamaddun. Kita mesti mengambil pelajaran tentang era-era transformasi ini. Kita mestilah berkeupayaan utnuk menisbahkan, kita berada pada era mana di dalam taghyir Islam. Adakah kita berada di era Makkiyah, Madaniya, Khulafa ar rasyidin, Zaman bani Umayyah, Abassiyah, Utsmaniyah, ketika Islam sedang berkembang, ketika Islam seang mengecut atau ketika Islam telah runtuh. Kenapa selepas kejatuhan khilafah Utsmaniyah, umat Islam tidak terus sahaja membai’ah sat kerjaan baru di mana-mana sedangkan ketika itu umat khilafah yang sama masih ujud dan khilafah masih ‘fresh’. Seolah-olah musuh Islam telah mengetahui tentang taghyir ini lebih dahulu dan mereka telah membuat skima.
PERTEMBUNGAN POLITIK TANPA FIQH SKEMA
Kerana Islam dipandang sebagai perlaksanaan deen maka kuasa politik di anggap satu-satunya kuasa perlaksanaan Islam. Islam gagal dipandang sebagai menyeluruh, iaitu penyeluruhan yang meliputi fiqh tarnsformasinya sekali.
Dalam politik, persepsi awam adalah segala-galanya. (The Star, 09/05/10 Pg N30). Dalam proses demokrasi, untuk meraih persepsi positif serta memburukkan persepsi awam terhadap lawan maka realiti masyarat akan dijadikan isu serta agenda. Lebih-lebih lagi di dalam politik demokrasi.
Masyarakat rakyat biasa akan dibawa oleh arus perdana agenda-agenda politik yang menggunakan realiti masyarakat sebagai bahan dan isu politik.
Dorongan di dalam politik adalah untuk berkuasa menyebabkan politik dijadikan wahana untuk mencapai kekuasaan.
Ideologi Politik
Ideologi adalah kumpulan idea atau gagasan rakyat atau pemerintah atau kedua-duanya. Ideologi dapat dianggap sebagai visi yang komprehensif.
Agenda Politik
(Inggeris: political agenda) adalah serangkaian isu-isu yang diungkapkan, diberitakan, digambarkan bertujuan sebagai “pembentuk agenda politik” atau “menentuan agenda politik” melalui penonjolan pendapat dalam berita-berita propaganda atau kempennya dengan jangkauan tertentu dengan maksud keuntungan atau kepentingan golongan atau kelompok tertentu, misalkan pada saat pemilihan umum, parti politik yang ingin mempromosikan kebijakan dan mendapatkan cakupan berita menonjol dalam usaha untuk meningkatkan dukungannya.
Pertembungan Parti-parti
Parti-parti PAS, Barisan Nasional, DAP, Keadilan Rakyat (PKR) dsb adalah pertubuhan-pertubuhan politik yang dibenarkan oleh perlembagaan. Maka fatrah ideologi dan agenda oraganisasi mereka adalah bersifat politik.
Parti PAS asalnya membawa ideologi Deen Islam. Tetapi disebabkan fatrah pertubuhan itu adalah politik, maka agenda pertubuhan itu bersifat politik. Pada satu era, PAS telah mengenengahkan agenda Negara Islam serta akan melaksanakan hudud. Kemudian pada era mutakhir, agendanya telah berubah kepada ‘Islam Agama Kebajikan’. Kenapa agenda ini berubah-ubah padahal agenda pertama belum selesai? PAS menolak kerjasama dengan UMNO tetapi boleh bekerjasama dengan DAP padahal terdapat fahaman sekularisma yang lebih pekat pada DAP. Ini ada kena mengena dengan strategi untuk berkuasa. Fatrah muktamadnya adalah bersifat politik.
Ini semua disebabkan Islam tidak dipandang sebagai agama yang mengajar deen beserta skema transformasinya sekali. Bagaimanakah unjuran PAS selepas ini sekiranya diberi kausa atau pun tidak mendapat kuasa. Bagaimana pendirian parti-parti rakan yang lain selepas ini. Adakah agenda akan berubah ke belakang untuk menjadi ‘Parti Dakwah’ terhadap rakan-rakan sepembangkang ditakdirkan waktu itu ia sudah berkuasa. Bolehkah tanpa skema transformasi yang sunnah, PAS boleh berkuasa.
Parti PKR pula adalah satu parti yang dikatakan tidak mengamalkan ras. Dalam aspek ini ia sama dengan DAP, PSRM, Gerakan dsb. Tetapi harus diingat bahawa parti-parti yang yang tidak bersifat ras adalah parti yang menjadi impian kaum-kaum bukan Melayu, yang mimpikan ‘jus-soli’. Dalam aspek ini PKR adalah parti yang terkehadapan. Dalam rangka mengambil hati sokongan (melahirkan persepsi positif) PKR perlu menjelaskan apakah pendirian parti ini terhadap Artikal 153 Perlebagaan Persekutuan. Buat masa ini parti ini sudahpun diungguli juga oleh orang-orang bukan Melayu. Bagaimana unjuran PKR dalam aspek ras. Sedangkan, di Malaysia kita dan sesiapa sahaja tidak boleh mengenepikan persoalan soal ras dan perlindungan mana-mana semata-mata di atas nama ‘jus soli’.
UMNO sebagai komponen utama BN serta MCA dan MIC sekarang berada di dalam garisan graf yang paling rendah. Kekalahan di lima negeri pada PRU baru ini adalah aras petunjuk kepada persepsi rakyat yang paling rendah terhadap BN. Persepsi rakyat terhadap BN adalah orang-orang BN umumnya sebagai kaki gaduh (baling kerusi, acu pistol, pukul orang), kumpul harta (secepat yang boleh), tikam belakang, ugut (ugut orang kampung, ugut musuh politik), berebut jawatan (lebih-lebih lagi jawatan dalam parti), memperkudakan institusi-institusi (pasukan keselamatan, jabatan kerajaan (eg SPR, SPRM), akhbar, mahkamah, bank, akhbar), singkirkan orang bijak (takut lawan taukeh dari setinggi-tinggi jawatan hingga ke serendah-rendah jawatan politik), politik wang (terhadap sesama dalam parti sehingga ke antara parti), memilih melepak di lobi-lobi hotel dari berjama’ah di masjid/surau, fitnah menjadi lauk harian (lebih-lebih lagi di dalam media massa), gadai harta negara/rakyat, rasuah dsb.
Undi rakyat terhadap parti-parti pembangkang dipercayai bukanlah kerana kewibawaan pembangkang tetapi sebagai protes hasil daripada persepsi negatif itu.
Dilihat senario politik di atas itu memberikan gambaran bahawa pertembungan politik menjadikan udara politik Malaysia dipenuhi dengan isu-isu dan agenda yang menjadi aliran perdana cara berfikir rakyat. Perkara-perkara yang kecil pun sekarang dipolitikkan untuk mencipta persepsi.
Dalam keadaan pertembungan-pertembungan sedemikian orang Melayu ikut parti mana pun akan menghadapi ketidaktentuan. Ini desebabkan aliran politik bukanlah skema terbaik bagi tujuan tarnsformasi Islam. Harus juga diingat bahawa sistem demokrasi di Malaysia adalah tinggalan British. Ideologi Brisitsh yang tersirat adalah bahawa dengan demokrasi yang sekular ini Islam tidak akan sempat untuk membenih, lebih-lebih lagi apabila pemerintahan di Malaysia dimulakan (dibenihkan) oleh British Malaysia dengan parti yang sekular.
Selagi mana orang Melayu tidak mengambil tasawwur dan proses trasformasi (taghyir) Islam yang sebenar, maka sejarah sunnah oleh kaum Quraisy yang dibawa oleh Rasulullah tidak akan boleh berulang di Malaysia. Jika transformasi tidak berlaku maka natijah tidak akan wujud. Rasululah telah mencontohkan bahawa agenda taghyir baginda tidak pernah terpengaruh dengan dan realiti yang ada.
En Razak bin Omar,
Naib Yang Di-Pertua,
ISMA Shah Alam & Klang
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang



No komen, Akhi Razak Omar.