|

ISMA sertai Majlis Solat Hajat Perdana JAIS

Dr Amirudin bersama Ustaz Hidayat dari JAIS

Shah Alam, 3 Jun – Seramai 15 orang ahli ISMA Shah Alam & Klang turut sama di Majlis Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas Gaza yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersempena peristiwa rampasan kapal Flotilla Gaza oleh rejim Israel baru-baru ini. Majlis yang dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor tersebut turut dihadiri oleh beberapa wakil parti-parti politik, wakil-wakil NGO Islam dan masyarakat awam dengan kehadiran yang dianggarkan berjumlah lebih kurang 2000.

ISMA diwakili oleh ISMA Shah Alam Klang, diketuai oleh YDP cawangan, Dr Amirudin Abdul Wahab. Menurut beliau yang ditemui di Stadium Malawati Shah Alam semasa Solat Hajat Perdana Gaza tersebut, ISMA sentiasa prihatin mengenai isu-isu berkaitan Palestin

Ujar beliau lagi, isu di Gaza adalah isu umat Islam seluruhnya dan oleh itu amatlah penting umat Islam bersatu menjangkaui kepentingan ideologi politik demi memastikan bumi Palestin bebas dari penjajahan rejim zionis yang kejam serta tidak berperi kemanusiaan.

ISMA sendiri dijangka terlibat di dalam Rapat Umum Solidariti menyokong kerajaan Turki pada 4 Jun 2010 ini di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Ini kerana kerajaan Turki merupakan kerajaan tonggak kepada Misi Kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.


Peserta muslimat yang hadir

Peserta muslimin yang hadir

Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang