ISMA kecam serangan komando Israel terhadap konvoi kapal kemanusiaan ke Gaza
ISMA Kecam Serangan Komando Israel Terhadap Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza
ISMA mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas tentera komando Israel ke atas konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sehingga hari ini, seramai 19 orang aktivis dilaporkan telah terbunuh dan ramai lagi yang mengalami kecederaan.
Alasan yang dikemukakan oleh rejim Zionis Israel bahawa rombongan kapal tersebut disyaki membawa bekalan senjata untuk penduduk Palestin sama sekali tidak berasas. Konvoi yang membawa aktivis-aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia itu telah terang-terang menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk menghantar makanan dan keperluan asas lain untuk penduduk Palestin.
Serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas aktivis-aktivis tidak bersenjata itu jelas menggambarkan wajah sebenar rejim Zionis Israel terhadap Palestin dan masyarakat dunia yang cintakan keamanan, serta kebiadapan mereka yang enggan mematuhi desakan antarabangsa supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.
ISMA menyeru semua pihak agar bangkit menunjukkan bantahan dan kecaman mereka dengan kuat terhadap jenayah keganasan rejim Zionis itu. Semua umat Islam di seluruh dunia perlu bangkit menunjukkan rasa marah dan kesal terhadap nasib yang menimpa rombongan kemanusiaan yang berusaha untuk membantu saudara-saudara mereka yang menghadapi sekatan kejam Zionis sejak beberapa tahun lalu.
Kebiadapan Zionis yang sewenang-wenangnya membunuh aktivis yang langsung tidak berkemampuan melawan mereka perlu dibalas dengan tindakan sewajarnya. Seharusnya insiden terbaru ini membuka mata badan-badan dunia terhadap gelagat ganas dan tidak bertamadun rejim Zionis.
Justeru itu, ISMA menyeru Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan dan bertindak segera bagi menamatkan serangan ganas ini, membebaskan aktivis-aktivis yang ditawan dan membenarkan rombongan kapal tersebut sampai ke Gaza.
ISMA turut menyeru agar kerajaan Malaysia dapat memberi perhatian serius terhadap perkembangan yang berlaku memandangkan terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang berada dalam rombongan kapal tersebut.
ISMA merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga aktivis yang menjadi mangsa kekejaman serangan ini.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
ISMA Condemns the Brutal Attack of the Gaza Humanitarian Ship by Israel Naval Commando
Malaysian Muslim Solidarity (ISMA) strongly condemns the brutal attack by Israel naval commando on the humanitarian convoy of ships that carry aids for the Palestinian people. As of today, it was reported that 19 people have been killed and a huge number of activists were wounded.
The reason given by the Israel commando that the convoy might have carry weapon for the Palestinians was totally unfounded. The convoy which represent activists from various NGOs and human rights organizations around the world had openly declared their peace mission that brings only food and other basic supplies for the Palestinians.
The barbaric attack on the unarmed activists only reflect Israel’s inhuman attitude towards the Palestinians and other peace loving community and disrespect of international call to stop aggression on the Palestinian people.
In view of this latest crime of violence, ISMA urges everyone to show their opposition and strong condemnation of the Zionist regime. All Muslims around the world must voice out their anger and regret on the fate that befell the humanitarian activists that strive to help their brothers who have been suffering from the Zionist aggression for the past few years.
The barbaric act by the Zionist regime who indiscriminately killed the activists who could not afford to fight must be recompensed with the appropriate action. This latest incident should open the eyes of the international community to the violent and uncivilized behavior of the Zionist regime.
Thus, ISMA urges the Secretary-General of United Nation to intervene and call to an end of this bloody attack immediately, release the captured activist and allow the convoy to reach the Gaza shore.
ISMA also urges the Malaysian government to give serious attention to this recent development as there are some Malaysian citizens in the humanitarian convoy.
ISMA extends our utmost condolences to all family members of activists who are victims of this violent attack.
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
President,
Malaysian Muslim Solidarity (ISMA)


kenapa ISMA di seluruh dunia (isma-eropah, isma-jordan, isma-mesir dll negara) tidak terlibat dengan lifeline4gaza punya program bahkan ada pula yang mendiamkan diri?
adakah apabila “ANJURAN” ISMA baru kita mahu turun padang?
[...] Sumber: Laman ISMA Pusat [...]
Saudara/i ikhlas,
Utk pengetahuan, ISMA terlibat dalam MAPIM yg terdiri drpd 40 NGO. Kami telah berbincang dan bersetuju menghantar wakil, Mustapa Mansor. Nama ISMA memang tak keluar tapi kita pergi atas tiket MAPIM.
Sebarkan.
salam.
mohon menambah sedikit lagi
Ada pihak yang juga mempersoalkan kenapa Aman Palestin tidak terlibat.
Saya difahamkan wakil AP ada menunggu dan bersedia di Gaza sendiri untuk tujuan pengagihan barang dan sebagainya.
Harap minta penjelasan lebih lanjut dari admin?
Jazakallah
saudara/i yg ikhlas ( mudah2an Allah kurniakan )
1. statement pertama
“kenapa ISMA di seluruh dunia (isma-eropah, isma-jordan, isma-mesir dll negara) tidak terlibat dengan lifeline4gaza punya program”
> wakil isma sendiri hadir di konsert lifeline4gaza, bahkan mewar-warkan juga pd yg lain utk hadir
info-http://www.ismaweb.net/v4/isma-menyokong-segala-usaha-bantu-palestin/
2.statement ke-2
“bahkan ada pula yang mendiamkan diri?”
>bahaya syeikh keluarkan ayat ni……mana mungkin 19 org syahid, bahkan usaha ke gaza kita bole diam diri…..ni contoh antara usaha tidak seberapa isma…
info-1.http://www.ismaweb.net/v4/konvensyen-berakhirnya-agenda-zionis-roadshow-utara-2010-2/
2.http://www.ismaweb.net/v4/kerjasama-isma-eropah-aman-palestin-untuk-%E2%80%98projek-kaki-palsu-gaza%E2%80%99/
3.http://www.ismaweb.net/v4/tabung-perubatan-mangsa-perang-gaza-kini-di-australia/
4.http://www.ismaweb.net/v4/remaja-prihatin-isu-palestin/
3. statement ke-3
“adakah apabila “ANJURAN” ISMA baru kita mahu turun padang?”
sinis cemuhan enta/i ni, mudah2an Allah jauhkan kita drpd prasangka buruk sesama muslim…….
dgn INFO yg di atas ISMA, insyaAllah ISMA tidak seperti yg saudara/i nyatakan…..
*mudah2an Allah melapangkan hati sesama kita, bahkan itulah selemah-lemah ukhuwah….
USAHA MEMBEBASKAN PALESTIN INI ADALAH ISU KITA BERSAMA SEMUA UMAT ISLAM
insyaAllah ISMA sentiasa menyokong dibelakang anda semua
*kenyataan peribadi
hr tu time konsert ada je booth aman palestin …..
takkan tak terlibat kot…
* kalu ada pihak lg benar sebutkan namanya, jgn atas angin shj
aman palestin sudah mempunyai usaha awal sejak tahun 2004, dan merancang strategi jangka masa panjang dan berterusan….
“1-Pjbt Aman Palestin di GAZA, kilang roti, kedai, klinik & ladang lembu (kecil je) milik Aman Palestin mula beroperasi di Gaza sejak Ogos 2009. Kerja2 dilaksanakan oleh NGO Palestin kerana kita tak boleh masuk ke Gaza (melainkan melalui terowong & BERSEDIA UTK TIDAK BALIK KE MALAYSIA!)
2-Aman Palestin bercadang utk mewujudkan cawangan yg sama di Tebing Barat… walaupun almost impossible buat masa ni.
USAHA MEMBEBASKAN PALESTIN INI ADALAH ISU KITA BERSAMA SEMUA UMAT ISLAM
insyaAllah, wakil AP gaza ada di sana utk menyambut……
beberapa hadith rasulullah utk teladan dan renungan semua………
1. “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara”. (Riwayat Bukhori dan Muslim).
2.“Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri.” (Riwayat Muslim)
3. “Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim).
4.Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai mereka yang beriman, jauhkanlah diri kamu daripada berburuk sangka kerana sesetengahnya boleh menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia orang lain serta memaki hamun kepada orang lain.”
*cukuplah pesanan rasul dan ayat2 Allah menjadi peringatan buat kita semua……
Tahniah kpd ISMA dan Aman Palestin yg memberi komitmen dlm isu umat Islam sekalipun tidak diwarwarkan nama mrk.
Teringat kata2 Umar al-Khoththob setelah menerima laporan kesyahidan ramai tentera muslimin di Parsi sedangkan beliau tidak mengenali siapakah mrk. Beliau berkata: “Apakah mudharatnya jika Umar tidak mengenali mereka sedang Allah mengetahui”.
Ya cukuplah Allah mengetahui dan sebagai saksi atas usaha anda. Ayuh istiqamahlah di atas ad-deen yang lurus ini
Sedih dlm situasi yg dihadapi umat kini, kita umat Islam masih cenderung membangkitkan isu2 yang membibitkan perselisihan.
Jika benar saudara kita tak berperanan, ajaklah dgn cara yang baik, bukan didahulukan dengan prasangka dan andaian2 melulu
sy benar2 yakin dgn perjuangan yg diperjungkN oleh ISMA & AMAN PALESTIN dlm membantu saudara kita di bumi Palestin….byk usaha yg tlh dilakukn sehingga telah menubuhkan pejabat di sana…sy ucapkN TAHNIAH!!!sy doakn agar usaha anda dibalas oleh Allah taala…
-Jika kita beramal kerana manusia sudah tentu ia akan pergi satu hari nanti…dan amal kite jgk kemungkin akan terhenti di situ..
-tp jika kita beramal krn Allah,ingatlah Allah itu kekal…amal kite jgk perlu berkekalan (istiqamah) spy mdpt keredhaan Allah taa’la….
Assalamualaikum
Memang tak dapat dinafikan usaha yang telah di lakukan oleh aman palestin selama ini. yang saya
muskil ialah apabila saya dengar radio IKIM beberapa hari sebelum konvoi LL4G berangkat. wakil isma ada menyebut bahawa AMAN PALESTIN telah menubuhkan cawangannya di GAZA. jadi apa perlu mengambil risiko pergi kesana dengan kapal seperti yang dibuat oleh Konvoi LL4G.cukup dengan masukkan duit dimalaysia dan boleh di keluarkan di GAZA melalui cawangannya di sana. dan sekali lagi saya dengar ceramah di sebuah masjid. masih kedengaran kenyataan dari mulut penceramah ayat yang berbunyi “apa perlu kita ambil risiko”. jawapan nya untuk dapatkan SYAHID perlulah tempoh risiko.
persoalan yang lebih penting…
apakah sumbangan kita untuk al quds sehingga kini?
adakah kita telah berikan yang terbaik untuknya?
baru2 ni semua sibuk dgn isu flottila…
sekarang, umat sibuk dgn worls cup dan terlupa hampir segala2nya
baik kita tumpu buat kerja dan sumbang drpd mencari sebarang kelemahan dan kekurangan..
selamat berjuang
persoalan dan persoalan, membibit prasangka, dan mereka terus bertanya, sedang niat hanya Allah yang jelas, ada yang keliru, ada yang memicu, mencari sasaran dalam malam yang gelap. kerjalah dan bekerjalah, tinggalkan mereka yang bertanya-tanya, berusahalah dan terus berusaha, dan tinggalkan mereka yang terpinga-pinga.
semoga Allah merahmati dan memberkati perjuangan untuk Palestina, siapapun dan dari manapun kita.
“apa perlunya ambil risiko?”
dan ” utk SYAHID perlulah tempoh risiko….”
> jom kita kupas fakta ini…..
*dalam sirah, kita maklum ada beberapa ketika terdapat sahabat ingin pergi ke medan perang, ttp tidak dibenarkan rasulullah. disebabkan tanggungan pd ibu dan ayah, hutang piutang, anak kecil dan sbgnya……( kitab sirah nabawi karang syeikh mubarakfurry dan kitab ibnu hisham)
*semua ini tidak menghilangkan kemuliaan Islam dan tidak pula menambah hina pada sahabat2 ini kerana mereka tidak dibenarkan rasulullah atas sbb AULAWIYAT ( mengutamakan perkara yg paling sesuai dibuat pd waktu yg sesuai)
*bukanlah bermakna sahabat ini tidak pergi sbb tidak mahu turut serta berperang TETAPI MEREKA ADA KEUTAMAAN MEREKA YG PERLU MEREKA FOKUSKAN…….
1. saidina uthman tidak sertai perang badar sbb isterinya sakit, dan akhirnya isteri beliau meninggal, tetapi beliau disamakan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Ahli Badar.
2.ummu makhtum menjadi pengganti rasulullah tatkala umat islam berperang
dan ada beberapa sahabat lg yg TIDAK TURUT SERTA BERPERANG ATAS SEBAB TERTENTU
dan jika kita fikir dgn mendalam dan berbincang, APAKAH KEUTAMAAN KITA PADA MASA INI???
anak dan keluarga masih tidak sempurna didik, umat yg semakin hari semakin parah (bukan bertambah baik), politik malaysia yg tidak berpenghujung dan berbagai lg masalah dan keutamaan yg perlu difokuskan………..( impian ISLAM ini perlu
kita tidak memaksa utk org lain menerima pendapat kita, dan org lain juga tidak memaksa utk menerima pendapat mereka…..tetapi tujuannya MESTI MENCARI KEBENARAN
insyaAllah semua org rindu bahkan bercita2 utk mati syahid…
*Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.’
tambahan lebih fokus….
jika anda ingin bantu palestin, anda nak bantu bagaimana?
1.bantu sehingga palestin bebas ( perlu ada perancangan dan berterusan utk jangka masa yg panjang)
2.atau bantu utk seketika……( tanpa menafikan ganjaran Allah atas usaha mereka )
anda pilih jawapan ANDA….
*pendapat peribadi