|

Undi kaum Cina

Semenjak pilihanraya ke-12 hingga ke PRK Hulu Selangor, fenomena yang paling ketara ialah undi Cina. Walaupun BN menang di Hulu Selangor, kepimpinan BN belum boleh rasa selamat, kerana majoriti kaum Cina tidak mengundi BN dalam pilihanraya tersebut. Bayangan senario PRU 12 hampir pasti akan berulang pada PRU 13. Undi Cina belum berubah, Cina belum berpuas hati dengan apa yang ditawarkan BN selama ini.

Barangkali kerana sangat mengimpikan sokongan Cina, selepas beberapa ketika keputusan pilihanraya diumumkan, Dato’ Najib memberi anugerah RM3 juta kepada sekolah Cina, walaupun beliau tahu bahawa Cina tidak undi BN pada pilihanraya tersebut.

Orang terpinga-pinga, anugerah besar kepada Cina ini kerana apa? Takkan sebab mereka tidak undi BN lalu mendapat hadiah besar? Kalau begitu orang Melayu patut jangan undi BN juga, sebab kalau undi tak dapat apa, sebaliknya kalau tak undi dapat pula. Ada orang cadangkan dalam pilihanraya akan datang Melayu pun jangan undi BN… mudah-mudahan boleh dapat sesuatu.

Demikian “undi Cina” sudah menjadi suatu suara berpuaka dalam politik negara. Semua pihak samada PR dan BN memuja “undi Cina” kerana ia sudah menjadi kuasa penentu untuk mendapat atau mengekalkan kuasa. Masing-masing sanggup tawarkan apa sahaja untuk meredhakan hati orang Cina.

Nampaknya orang Cina belum puas hati dengan tawaran BN. Saya tidak mengandaikan bahawa sebabnya kerana mereka setia kepada PR. Kemungkinan yang paling bijak ialah mereka akan terus menggunakan strategi undi itu untuk menguasai kedua-duanya. Jika demikian bilakah kedua-dua blok politik ini akan dapat menguasai undi Cina?

Pada pendapat anda sebenarnya apa yang orang Cina nak? Adakah sekadar biasiswa untuk anak mereka dan bla…bla…bla… atau lebih dari itu? Dan sampai bilakah puak-puak politikus Melayu akan bertarung untuk memenangi undi Cina? Politikus Melayu Islam yang berkuasa pun bela Cina dan yang tidak berkuasa pula bercakap bagi pihak Cina.

Itu satu persoalan, soalan yang lebih penting bagi saya ialah bagaimana dengan perjuangan politik Melayu atau kepentingan orang Melayu dan Islam? Orang Melayu takut untuk perjuangkan Islam kerana takut tentangan orang Cina (bukan Islam), justeru munasabahkah kita andaikan bahawa Cina menyimpan undi untuk PR bagi memungkinkan kita melaksanakan hukum/pemerintahan Islam?

Daripada senario yang ada, saya percaya mereka mempunyai agenda yang lebih besar dengan mengambil kesempatan secara bijak di atas perpecahan undi Melayu Muslim dan menggunakan dengan bijak kuasa undi penentu yang mereka miliki.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku

5 Komen untuk entri “Undi kaum Cina”

  1. hysham says:

    Salam, mungkin juga orang cina tiada agenda lain, tetapi yakin dengan asas -asas dan prinsip keadilan dan ketelusan yang dibawa di dalam PR…wallahualam.

  2. Amiruddin says:

    Saya setuju pandangan ustaz dari sudut yang positif. Tujuan dan matlamat kita sebagai seorang Melayu dan juga Islam harus selari, bukan mengambil jalan singkat yang menyebabkan anak cucu kita mengeji kita kerana kesilapan kita yang satu ini.

  3. fatah says:

    baik sokong cina Pakatan Rakyat…daripada undi melayu BN , …. melayu pun dorg hentam….judi pun layan…

  4. hasr says:

    salam.. bagi pendapat Ulama’ BN menggunakan telunjuk Dajjal bagi mempedayakan manusia menggunakan DUIT..waAllahu a’lam.. semoga kita terselamat dari Fitnah itu..

  5. safar says:

    salam.. pada pendapat saya, kaum cina khususnya yg berpihak kepada pembangkang merasakan mereka patut mndapat kuasa yg sama seperti org melayu Islam yg memegang tampuk pemerintahan atas dasar kesamarataan yang pernah dicanang oleh ideologi komunisme.. Orang Melayu yang tidak sedar akan bahana yang akan menimpa agama Islam apabila ideologi ini meresap ke dalam pentadbiran merasakn kita perlu menggadaikan hak2 org2 melayu atas sebab pemahaman bahawa Islam mengamalkan kesaksamaan.. Apabila kuasa raja yang menjdi penaung kpd agama Islam dibubarkan(akan berlaku pabila kerajaan pr memerintah) kerajaan totalitarian akan memerintah malaysia.