|

Renungan kematian Adik Aminulrasyid

Membunuh atau mengambil ruh seseorang tanpa hak adalah sangat dikeji oleh Allah swt dan syariat Islam. Tidak dibenarkan melainkan jika sabit dalam kes-kes tertentu seperi balas bunuh (qisas), zina orang yang muhsan (telah berkahwin) dan sebagainya. Bahkan ketika membunuh dengan hak, Allah swt menyarankan dibunuh secara baik setelah melalui prosedur mahkamah yang teliti dan tiada langsung noktah yang syubhah (tidak jelas).

Hadis Nabis aw bermaksud, “Dan apabila kamu membunuh, maka perelokkan pembunuhan tersebut”. Sebaliknya jika membunuh tanpa hak, Allah menjanjikan Neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya, Allah murka dan melaknatnya, menyiksanya dengan azab yang pedih. Firman Allah swt bermaksud, “Sesiapa membunuh orang beriman dengan sengaja, maka balasan untuknya ialah Neraka Jahannam, kekal di dalamnya, Allah murka dan melaknatinya, dan Allah menyediakan baginya azab yang besar” (An-Nisak: 93). Di dunia, pembunuh terbabit dibalas bunuh (qisas).

Adik Aminulrasyid ditembak mati di dalam kereta yang dipandunya dengan tidak mengikut arahan atau berhenti di sekatan polis. Criminal Procedure Code (CPC) menggariskan bahawa menembak untuk membunuh (Shoot To Kill) hendaklah terhadap jenayah yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. Umum melihat memandu laju dan tidak berhenti di sekatan polis, hatta (bahkan sehingga) tuduhan terdapat parang di dalam kereta berkenaan belum menjustifikasi (mengiyakan) sebarang bentuk tindakan Shoot To Kill (menembak untuk membunuh) boleh dilakukan.

Siti Nasrinda Tumirin dan suaminya Mohd Fauzi Mohd Daud bersama peguam mereka M. Manoharan memfailkan saman terhadap dua anggota polis dan empat yang lain kerana melepaskan tembakan membuta tuli terhadap mereka Ogos tahun lalu. 7 Mei – Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH

Mengamati isu pihak keselamatan dari kalangan orang Melayu Islam menembak orang Melayu Islam lain,  peristiwa menembak Adik Aminulrasyid mengingatkan saya akan Peristiwa Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada 19 November 1985, kira-kira 25 tahun yang lalu. Ketika itu saya sedang menuntut di Australia dan baru 4 bulan berkahwin. Dari akhbar Malaysia yang saya baca di Australia selepas kejadian itu, saya menyangka ianya adalah serangan pihak keselamatan ke atas sekumpulan komunis di sempadan Malaysia-Thailand. Beberapa minggu selepas tragedi itu, saya dan isteri pulang bercuti di Malaysia, menziarahi isteri Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud di Kg Memali dan dapat mendengar apa yang berlaku dari sumber di sebelah pihak yang lain pula. Walaupun ramai pelawat blog INIJALANKU hari ini adalah di kalangan remaja/belia yang ketika kejadian itu mereka masih belum dilahirkan, tetapi memahami sejarah lalu adalah memahami kehidupan hari ini dan esok.

Saya bukan menyamakan kedua-dua tragedi umat Islam di atas. Walaupun kedua-dua tragedi tersebut banyak berbeza di segi latarbelakang dan dalam banyak aspek, namun di antara persamaan kedua-dua kejadian di atas ialah:

  1. Kedua-duanya melibatkan orang Melayu Islam samada dari pihak yang menembak mahupun pihak yang ditembak mati.
  2. Orang yang ditembak mati tidak memiliki senjata api atau kekuatan yang setimpal dengan kekuatan pihak keselamatan yang memiliki senjata api automatik dsb.

Moga Allah swt menempatkan mereka yang terbunuh di SyurgaNya, memberi kesabaran kepada para waris yang kehilangan mereka yang tersayang, mendekatkan umat kita kepada penghayatan Islam dan memperbaiki kehidupan bermasyarakat di dalam negara kita. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

4 Komen untuk entri “Renungan kematian Adik Aminulrasyid”

  1. NapiRago says:

    x silap ana, peristiwa memali tahun 1980-an…afwan kalau tersilap..

  2. hafiza says:

    salam ustaz,
    isma ada buka cawangan kat sarawak x?
    kalo xde, knape?
    kami golongan muda islam di sarawak ketandusan ilmu agama, dan kami perlukan organisasi seperti ini untuk membimbing kami., untuk mengisi jiwa kami yg tandus.
    saya cadangkan agar isma membuka cawangan di sarawak. jika kalian boleh melebarkan sayap ke dunia eropah, bumi mesir tp kenapa tidak di sarawak?

  3. Ustaz Hazizi says:

    Sudah ada Pro tem komiti.

  4. untuk saudari hafiza says:

    lihat link ini dan komentar dari wakil sarawak…. :)
    http://www.ismaweb.net/v4/isma-lakar-sejarah-di-negeri-di-bawah-bayu/