|

Populasi Cina menurun

Dalam sebuah artikel bertajuk “Where Have All The Chinese Gone?” di dalam suratkhabar The Star baru-baru ini, penulisnya memberitahu bagaimana populasi orang Cina di negara ini semakin berkurangan. Ini disebabkan:-

1. Kadar kelahiran yang rendah

2. Migrasi

Di Pulau Pinang yang dikatakan majoriti penduduknya Cina tetapi kini orang Melayu semakin ramai. Survey menunjukkan bahawa kini penduduk Melayu melebihi dari penduduk Cina dengan jumlah 18,000 orang! Pada tahun 2005 orang Cina merangkumi 43% atau 650,000 orang tetapi dijangka ia akan menurun kepada 40.9%. Manakala orang Melayu pula yang merangkumi 41% akan meningkat kepada 42% atau 670,000.

Sebuah artikel yang ditulis oleh seorang wartawan Cina, Helen Ang, mengatakan bahawa menurut satu kajian, dalam masa 25 tahun akan datang (tahun 2035), penduduk Cina hanya akan merangkumi 18.6% dari penduduk negara. Kadar pertumbuhan orang Cina hanya 0.73% manakala orang Melayu/Bumiputera pula 1.98%. Dalam tahun 2035 penduduk Malaysia dijangka akan mempunyai 41 juta rakyat yang mana 72.1% (atau 30 juta) adalah orang Melayu.

Secara umumnya masyarakat Cina hanya mempunyai 1-2 orang anak kerana mereka tidak mampu untuk menanggung pembelajaran anak-anak. Ada juga yang meletakkan karier mengatasi lebih dari untuk berumahtangga sehingga ramai yang kahwin lambat.

Penduduk Cina juga merupakan kumpulan terbesar untuk migrasi di mana pada 18 bulan yang lepas jumlah keseluruhan penduduk Malaysia yang mencari tempat tinggal di negara lain adalah sejumlah 300,000 orang. Dikatakan punca utama mereka migrasi adalah kerana tempat-tempat tersebut seperti Australia memerlukan perbelanjaan yang lebih murah. Ada juga kerana mencari pekerjaan dan ada juga disebabkan isu politik yang mana mereka menganggap Malaysia tidak berlaku adil terhadap orang-orang Cina.

Apakah impaknya?

Parti-parti politik Cina mula memikirkan strategi mereka yang baru. Ada yang membayangkan bahawa kemungkinan semua parti Cina seperi MCA, Gerakan an DAP akan bersatu. Bagi DAP mereka sudah mula mencari ahli-ahli Melayu.

Dari segi ekonomi, peniaga-peniaga Cina mula menumpukan secara serius kepada market Malayu. Kedai-kedai restoran mula mengadakan makanan “halal”, hypermarket mula menempatkan outlet mereka di tempat majoriti Melayu. Bukan itu saja orang Cina kini mula memikirkan kepentingan untuk membaiki hubungan sosial dengan masyarakat Melayu termasuklah keperluan untuk menguasai Bahasa Malaysia dengan lebih baik.

Sikap kita orang Melayu

Parti-parti politik Melayu harus memikirkan secara serius perkara ini kerana masa depan negara jelas akan dikuasai oleh orang Melayu. Dalam amalan demokrasi maka sudah pasti yang terbanyak akan lebih menguasai dari yang sedikit. Oleh itu pembaikan, pertolongan, keutamaan perlulah diberikan kepada golongan majoriti, apatah lagi mereka ini beragama Islam.

Tidak ada ertinya bilangan yang ramai ini jika orang Melayu berpecah seperti yang berlaku sekarang sehingga parti-parti politik Melayu seolah-olah “merayu ehsan” penduduk Cina untuk mengundi mereka. Tidakkah ini satu yang aib dan memalukan apabila golongan majoriti meminta pertolongan golongan minoriti?

Kesimpulan

Kita amat berharap kepada pemimpin-pemimpin Melayu untuk melihat perkara ini secara objektif, bukan sekadar memainkan sentimen. Jangan kita jadi seperti Amerika yang dikuasai oleh puak Yahudi walaupun bilangan mereka amat sedikit.

Kepada gerakan Islam pula maka sudah logiknya bahawa fokus mereka mestilah diberikan kepada orang Melayu dalam menjalankan gerak kerja dakwah.

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung

10 Komen untuk entri “Populasi Cina menurun”

  1. Hanan says:

    Dicadangkan ISMA menjadi jurubicara ummah dalam memikirkan strategi serta pelan tindakan ke arah memastikan usaha-usaha menyatukan UMNO & PAS menjadi kenyataan demi masa depan umat Islam!

  2. srikandi solahuddin says:

    Jumlah pengundi berbangsa India juga menurun dari 9 % kepada 7 %.
    Ini amat merisaukan MIC menurut Sami Vellu

  3. srikandi solahuddin says:

    Saya tak berpandangan spt Hanan. ISMA bukan berhasrat menyatukan UMNO dan PAS tetapi lebih sbg agen yg menemukan kediua-duanya bagi membina agenda bersama demi kepentingan agama dan bangsa..

  4. bujang says:

    Tiap-tiap artkel cerita pasal melayu, tak ke mana pergi nya kita. Yang penting berilah kefahaman Islam kepada Melayu, Cina dan India. Dan kita Melayu Islam jadilah contoh kepada Masyarakat Cina dan Masyarakat India supaya mereka tertarik pada Islam bukan migrasi ke Negeri lain. Kalau nampak contoh pada kita barulah mereka masyarakat Cina dam masyarakat India malah apa juga bangsa akan berbodong bondong memeluk Islam. Malah kita sama jemaah Islam juga kena bersatu, jangan asyik cerita PAS dan UMNO berpecah. Kita dalam jemaah Islam kena jadi contoh.

  5. berkahwin says:

    agak2 ‘KITA MELAYU ISLAM’ tu berapa ramai???
    tidakkah kita inginkan bangsa melayu ( terlebih dahulu ) menikmati ISLAM seperti kita…..

    ni bukan nak bincangkan isu bangsa, malah lebih bernilai dan berharga iaitu ‘bangsa melayu muslim’?
    takkan kalimah ‘muslim’ itu menjadi biasa bila disekalikan dengan ‘bangsa melayu’ ???

  6. Orang Pantai says:

    Apabila kita cakap pasal Melayu dan orang Islam, jangan asyik fikir pasal UMNO dan PAS sahaja. Ahli kedua-dua parti itu adalah minoriti di tengah-tengah lautan bangsa Melayu di Malaysia nih.

  7. berkahwin says:

    bujang………
    hanya beberapa post dalam blogger dan web isma tidak menunjukkan KESIBUKKAN KITA pd melayu…
    kita menginginkan Islam yg dinikmati oleh semua orang terutama sekali bangsa melayu, yg paling dekat dgn kita. Ini contoh rasulullah, kerana dakwahnya menyelami kaum quraisy dahulu bukan kaum lain….
    *enta kalu tgk keseluruhan web ni nampak fokus melayu ke? atau enta baca blog ust2 citer melayu muslim ni, depa nampak fokus melayu ke?
    MEMANG KITA FOKUS UNTUK MERUBAH MELAYU MUSLIM INI KEMBALI DEKAT DENGAN ALLAH DAN MENIKMATI NIKMAT SEBENAR BERGELAR MUSLIM…….
    ini isunya, kecik ke besar? salam perkenalan :)

  8. Hanan says:

    Jangan tersilap tafsir tentang ‘menyatukan UMNO & PAS’ wahai Srikandi Solahuddin!

    Saya bukan mencadangkan supaya ISMA berusaha menggabungkan UMNO & PAS menjadi ‘UMNOPAS’. Cadangan saya pada ISMA adalah untuk menyatukan UMNO & PAS dari segi memperjuangkan nasib dan masa depan Islam & bangsa Melayu.

    Lihat bagaimana bijaknya parti politik orang cina. Walaupun nampak dari segi luarannya mereka berpecah tetapi pada hakikatnya mereka bersatu. Contohnya: Isu Tragedi Kematian Mendiang Teoh Beng Hock.

    Memang betul ahli-ahli PAS & UMNO adalah minoriti jika dibandingkan dengan bangsa Melayu yang menduduki Malaysia wahai Orang Pantai!

    Tapi siapakah yang akan menentukan Polisi, Undang-undang dan Dasar Negara?

    Itu sebabnya kita mesti prihatin terhadap apa yang berlaku kepada UMNO & PAS yang merupakan 2 parti orang Islam yang terbesar di Malaysia yang terlibat dalam Pilihanraya dan Parlimen Malaysia.

    Kita perlu tegur UMNO yang telah menyimpang jauh daripada perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan juga agama Islam.

    Bagi mereka yang ‘tersalah anggap’ terhadap PAS yang kononnya telah ‘mula mengabaikan kepentingan bangsa Melayu’ untuk kepentingan politik, sila rujuk kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa yang telah menegaskan bahawa PAS akan tetap mempertahan dan mendaulatkan empat prinsip utama dalam negara iaitu Islam agama rasmi, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan kedudukan Raja-raja Melayu.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26675:pas-tetap-pertahan-empat-prinsip-utama-negara&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

    WAllahu A’lam.

  9. Hanan says:

    Jangan tersilap tafsir tentang ‘menyatukan UMNO & PAS’ wahai Srikandi Solahuddin!

    Saya bukan mencadangkan supaya ISMA berusaha menggabungkan UMNO & PAS menjadi ‘UMNOPAS’. Cadangan saya pada ISMA adalah untuk menyatukan UMNO & PAS dari segi sama-sama bersatu memperjuangkan nasib dan masa depan Islam & bangsa Melayu.

    Lihat bagaimana bijaknya parti politik orang cina. Walaupun nampak dari segi luarannya mereka berpecah tetapi pada hakikatnya mereka bersatu. Contohnya: Isu Tragedi Kematian Mendiang Teoh Beng Hock.

    Memang betul ahli-ahli PAS & UMNO adalah minoriti jika dibandingkan dengan bangsa Melayu yang menduduki Malaysia wahai Orang Pantai!

    Tapi siapakah yang akan menentukan Polisi, Undang-undang dan Dasar Negara?

    Itu sebabnya kita mesti prihatin terhadap apa yang berlaku kepada UMNO & PAS yang merupakan 2 parti orang Islam yang terbesar di Malaysia yang terlibat dalam Pilihanraya dan Parlimen Malaysia.

    Kita perlu tegur UMNO yang telah menyimpang jauh daripada perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan juga agama Islam.

    Bagi mereka yang ‘tersalah anggap’ terhadap PAS yang kononnya telah ‘mula mengabaikan kepentingan bangsa Melayu’ untuk kepentingan politik, sila rujuk kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa yang telah menegaskan bahawa PAS akan tetap mempertahan dan mendaulatkan empat prinsip utama dalam negara iaitu Islam agama rasmi, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan kedudukan Raja-raja Melayu.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26675:pas-tetap-pertahan-empat-prinsip-utama-negara&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

    WAllahu A’lam.

  10. abuadil says:

    walaupun bujang, belum berkahwin, tetapi pandangannya realistik.