Perutusan takziah buat Naib Presiden II ISMA
Takziah diucapkan buat Naib Presiden II ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, isteri dan seluruh keluarga di atas pemergian anak mereka yang telah menghembuskan nafas terakhir semasa di dalam kandungan. Puteri yang juga anak keenam mereka, Izzah binti Muhammad Fauzi, telah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat pada 7 Mei 2010.
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah. Didoakan juga agar Ustaz Fauzi sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)


