|

Nak pilih siapa?

Soalan dari seorang kenalan luar negara. Saya jawab di sini untuk luaskan perbincangan.

Syukran atas kupasan ustaz. Maaf sbb nak bertanya, bagaimana kalau ahli politik Islam tu tindakannya menggambarkan dia musuh dalam selimut umat Islam dan banyak menyerang Islam, manakala ahli politik bukan Islam tu neutral dan tak pernah menyerang Islam? Maaf kalau contoh yang tidak sesuai, misalnya kalau kita disuruh memilih antara Abdullah bin Saba’ dan Abu Talib?

Jawapan saya seperti berikut:

1. Abdullah bin Saba tu bukan orang Islam. Dia Yahudi dari Yaman yang menyamar memeluk Islam. Tetapi generasi Islam yang hidup di zamannya tahu bahawa dia bukan Islam. Jadi sudah tentu Abu Talib jauh lebih baik darinya untuk dijadikan kawan.

2. Pemilihan tu untuk apa? Kalau untuk pilih wakil ke parlimen, saya berpandangan kita kena pilih calon Islam tanpa mengira parti mana. Antara Zaid (PR) yang dituduh minum arak dengan Kalamanathan (BN) yang dikatakan baik, saya akan pilih Zaid walaupun diandaikan dia masih minum arak. Tapi kalau BN hantar calon Islam yang korup dan PR hantar calon bukan Islam yang ‘baik’, saya akan pilih calon Islam dari BN.

3. Kenapa begitu?

Saya berpandangan kita kena kekalkan majoriti 2/3 ahli Parlimen dari kalangan orang-orang Islam. Kalau 2/3 ahli Parlimen dari kalangan orang bukan Islam (bercampur-campur antara PR dan BN), dengan mudah mereka boleh berpakat untuk jatuhkan Islam. Saudara percaya ke bahawa mereka setia dengan janji-janji mereka kepada orang Islam yang jadi sekutu mereka dalam pakatan masing-masing? Maaf, berdasarkan fakta sejarah dan nas-nas al-Quran dan Hadis tentang tabiat orang bukan Islam, saya tak percaya.

4. 2/3 ahli Parlimen dari kalangan orang Islam (bercampur-campur antara PR dan BN) tapi tidak bersatu, mungkin ada yang akan kata apalah gunanya majoriti muslim dalam bentuk begitu?

Bagi saya keadaan itu masih jauh lebih baik dari 2/3 ahli Parlimen dari kalangan orang bukan Islam. Dan saya masih yakin dan optimis bahawa orang Islam boleh bersatu kembali.

5. Ada pun masalah ahli politik Islam yang ‘terlalu jahat’ atau jadi ‘duri dalam daging’ atau ‘gunting dalam lipatan’, kita selesaikan sesama kita orang Islam. Kita pakat sama-sama orang Islam betulkan konsep pemilihan calon. Setiap orang main peranan dalam pakatan masing-masing.

Wallahu a’lam.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden II,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Satu Perkongsian

9 Komen untuk entri “Nak pilih siapa?”

  1. abu amirah says:

    Assalamualaikum wrt wbt

    Kita mesti bezakan antara UMNO dan orang UMNO. UMNO adalah sebuah parti SEKULER. Dasar dan prinsipnya TIDAK ISLAM. SEKULER dalam sejarah adalah agama KUFUR baru yang disalutkan oleh KRISTIAN BRITISH (Protestan) untuk menipudaya orang orang melayu setelah PORTUGIS dan BELANDA (Khatolik) tidak berjaya mengkristiankan orang melayu.

    Orang melayu tidak berjaya diKRISTIANkan tetapi mereka berjaya diSEKULERkan. KRISTIAN dan SEKULER dua-dua kafir. Cuma SEKULER lebih jahat sebab dia bertopengkan IDEOLOGI bukan AGAMA.

    UMNO adalah warisan SEKULER BRITISH. UMNO parti Melayu Sekuler bukan Parti Islam.

    Adapun orang-orang UMNO kita takwil dahulu agar kita tidak cepat mengkafirkan orang. Mungkin mereka bersama UMNO kerana mereka jahil… Kerana minda mereka haru biru kerana dijajah lama… kerana penasihat agama diorang pun sama-sama pening…

    Makanya, antara calon dari DAP dan PKR yang bukan Islam yang menjanjikan kebebasan, kesamarataan dengan calon UMNO (parti sekuler kafir, bukan orangnya)yang tidak menjanjikan kebebasan (juga utk dakwah islam)dan ketidaksamarataan.. mana lebih baik???

  2. jamaah islam:suatu teguran

    Gesaan terhadap diri sendiri supaya ber’puasa’ selama sebulan dari internet tidak menjadi kenyataan kerana setiap kali saya membaca sesuatu bahan bacaan baru, perasaan saya terasa membuak-buak untuk dikongsikan. Tidak lengkap rasanya hidup ini jika ilmu tidak dikongsi walau sedikit. Masalah yang berlaku apabila artikel-artikel saya sebelum ini statusnya hanyalah menjadi penghuni folder-folder tazkirah dan isu di dalam laptop. Mahu di‘publishkan’, terasa sudah ‘outdated’ pula. Saya tidak akan memaafkan diri saya kerana itu.

    Saya sangat kesal dengan diri saya sendiri kerana tidak mengikuti perkembangan tanah air secara teliti. Bermula daripada isu model ekonomi baru, isu tugu negara malah hingga ke isu APCO. Alhamdulillah syukur kerana usrah yang saya jalani (saya menjadi mutarabbi) serta usrah-usrah yang saya uruskan, banyak membantu saya mengetahui sedikit sebanyak isu-isu besar negara. Walaupun tidak secara detail, tetapi perkara itu yang mencetuskan diri saya untuk mencari serta memahami secara mendalam setelah usai usrah. Itulah konsep usrah yang sebenarnya kerana USRAH ADALAH BERMULA DARI SURAH AL ASR & TASBIH KIFARAH DAN BERAKHIR DENGAN AL FATIHAH. Keberjayaan input usrah adalah kesannya jelas setelah usrah. Maka di sini kita sebagai naqib/ah perlu mengambil ‘ihtimam’.

    Apa yang saya kesalkan terdapat juga rakan-rakan dikalangan mahasiswa/wi yang mengikuti usrah-usrah tidak megambil berat perkara ini. Benar, isu Palestin seperti viva Paletina amat dekat di hati kita kerana al Quds adalah lambang maruah umat islam. SAMA SEKALI SAYA TIDAK NAFIKAN.Tetapi adakah kita tahu dan ambil tahu tentang jenayah Yahudi terhadap Malaysia sendiri? Isu terbaru adalah isu APCO. Setakat pemerhatian saya , amat sedikit yang mengambil tahu hal ini. Kita perlu ingat bahawa medan kita yang PERTAMA adalah di negara kita di samping kita akan memandang ke depan memegang tangan , serta merasai dan mendalami penderitaan rakyat Palestin. Siapa yang kuat iman pasti sudah ke sana bergelar syahid. Saya punya rakan sebegitu. Tetapi jika ditakdirkan ALLAH SWT bumi Malaysia diuji dengan peperangan, siapakah yang akan kehadapan memperjuangan negara ini? Sudah pasti saya yakin dan percaya rakan-rakan saya dari semua ‘front-front’ jamaah-jamaah islam yang ada akan mengangkat tangan untuk mengangkat senjata. MAMPUKAH KITA UNTUK MENJADI PEJUANG AGAMA DI TANAH AIR SENDIRI DALAM KEADAAN ISU-ISU MENTAH DI NEGARA KITA TIDAK DIKETAHUI DAN DIAMBIL BERAT? Yahudi akan tersenyum bangga kerana kita jahil tentang negara sendiri.

    Maka disinilah realistiknya untuk kita memanifestasikan ayat Allah swt dalam surah al-anfal ayat 60 yang bermaksud :
    (dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kalian miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah , musuh kalian dan orang-orang yang selain mereka yang kalian tidak mengetahuinya. Apa sahaja yang kalian infaqkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepada kalian dan kalian tidak akan dizalimi (dirugikan).

    Perlu kita ingat bahawa majority para pejuang HAMAS adalah bangsa Arab, FATAH juga berbangsa arab, adakah kita berpendapat agar untuk menyelamatkan rakyat Palestin kita perlu berada di tengah-tengah antara FATAH dan HAMAS? sedangkan bagi saya HAMAS lagi terdesak utk bergabung dengan fatah dalam keadaan ummat islam palestin haru biru diserang israel..tetapi mengapa hamas tidak membubarkan jamaah mereka seterusnya melakukan dakwah di dalam fatah yang mana fatah juga gerakan yg dicetuskan ikhwan tetapi telah menyeleweng..adakah kita tidak nampak suatu pembaziran tenaga dan kuasa apabila hamas ditubuhkan utk mengimbangi kuasa fatah yang terlalu byk korupsi, mengkhianati rakyat dan menyeleweng ideologi perjuangan kepada perjuangan bangsa? perlu diingat MAJORITI AHLI FATAH ADALAH ARAB ISLAM..HAMAS PUN SAMA..APA YG BEZA..DAN CUBA FIKIR LUAR KOTAK KPD APA YG ADA DI NEGARA KITA..BUKANKAH TEMPLATE NYA SAMA?saudara boleh fikir sendiri.. dari sudut kerjasama mmg dibolehkan tetapi bukan bergabung terus bersama ideologi perjuangan..Saya yakin semua rakan-rakan dari jamaah islam yang pelbagai ini mengakui bahawa kita semua penyokong gerakan islam HAMAS ‘ by heart. Kita bersepakat dalam hal itu. Saya yakin. Kita juga bersepakat bahawa gerakan islam Ikhwan Muslimin di Mesir juga merupakan gerakan islam contoh sehingga kita berlumba-lumba untuk mengikuti ‘template’ dan modul tarbiah mereka untuk mengisi jiwa kader-kader kita di negara sendiri. Adakah gerakan islam Ikhwan muslimin merupakan gerakan yang tidak perlu disokong kerana sudah wujud parti bangsa Mesir yang bersifat secular itu? Maka kita pun mengeluarkan teori bahawa untuk mewujudkan kekuatan umat islam, kita perlu menggabungkan kedua-dua gerakan ini, islam dan secular. Gerakan HAMAS & FATAH, IM dan gerakan secular di Mesir. Saya yakin jawapan dari sahabat-sahabat akan mengatakan ianya tidak logic kerana kedua-dua gerakan ini berlainan perlembagaan mahupun ideology. Saya tidak mengatakan tidak ada langsung kerjasama yang dibolehkan. Saya melihat gerakan islam yang bersifat waqi’iyyah dan realistic amat terbuka sifatnya di meja rundingan dan perdamaian dalam isu kebajikan dan kemanusiaan, tetapi bukan di dalam perkara yang dianggap fundamental seperti aqidah perjuangan. Wahai rakan-rakanku yang dikasihi Allah, tidakkah kalian melihat fenomena ini berlaku di dalam PAS itu sendiri? Saya kesal kerana terdapat rakan-rakan yang tidak melihat negara kita sendiri sebagai medan jihad yang perlu kita perjuangkan dengan jerih perih kita. Saya sedih kerana ada yang berpendapat bahawa PAS hanyalah seperti UMNO tanpa meneliti perlembagaan,sejarah perjuangan serta ‘template’ dan ujian-ujian yang dilalui oleh gerakan islam tersebut. Saya tergamam apabila ada pihak yang mempunyai fikrah perjuangan seolah-olah mereka hanya berada di tengah-tengah antara yang hak serta batil ini dengan bangga mengatakan fikrah kami adalah yang berada di tengah-tengah PAS & UMNO kerana kami tidak nampak kekuatan ummah islam melainkan dengan menggabungkan kedua-dua parti ini kerana kedua-dua parti tersebut adalah parti melayu islam. Adakah kalian semua sedar tentang wujudnya banyak parti islam di serata dunia di samping parti-parti secular yang mana mereka adalah di kalangan bangsa mereka sendiri? Mengapa mereka tidak bergabung sahaja dengan parti secular yang memerintah? Jawapannya senang kerana ideologinya sangat ketara kelainannya. Tidakkah pernah kita terfikir mengapa Rasulullah menolak jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh bangsa baginda sendiri, kepada beliau sehingga kita semua mengimani ayat yang Nabi Muhammad ucapkan ‘jika kalian mahu meletakkan matahari di tangan kananku, bulan di tangan kiriku tidak akan aku tinggalkan perjuangan ini’. Kerana apa? Kerana aqidah perjuangan yang amat besar jurangnya.. BEZA AQIDAH PERJUANGAN… ANTARA IMAN & KUFUR..

  3. Abu Uqbah says:

    Saudari “Cahaya Kelembutanku”

    Pengalaman hidup memberitakan padaku:

    1. Ketika lemah kita mencari kawan untuk menguatkan.
    2. Ketika kuat kita mengelak mencari musuh yang akan melemahkan.
    3. Ketika berbeza pandangan berlapang dada kerana ada hujah yang dikemukakan.
    4. Carilah titik persamaan bukan mencari perbezaan.

  4. ASSALAMUALAIKM WBT.
    saudara Abu ‘Uqbah. Terima kasih krn berkongsi pengalaman hidup.
    pengalaman hidup mengajarku :

    - Kebanyakan Manusia tidak akan menghargai kelebihan sesuatu melainkan perkara itu hilang dan luput dari dirinya
    - Kebanyakan Manusia tidak akan menghargai kelebihan sesuatu yang bersifat dekat dengan dirinya
    - Kebanyakan Manusia akan menghargai kelebihan sesuatu yang jauh dari tempatnya
    - Kebanyakan tokoh tidak popular di sesuatu tempat atau zaman melainkan setelah dia meninggal dunia atau ada bangsa lain yang mengiktiraf beliau.

    insya Allah saya akan huraikan tanda palang dari bawah ke atas.

    - Rasulullah sama sekali tidak diiktiraf di Mekah tetapi diiktiraf oleh penduduk Madinah
    - Al Banna diiktiraf di serata dunia, tetapi tidak di negara sendiri
    - Umar Mukhtar pejuang kemerdekaan Libya berjuang selama lebih 20 tahun dengan pengikut yang semakin mengecil serta ramainya rakyat yang bersekongkol bersama pemerintah dan umat islam yang mempunyai pemikiran sekuler atas sebab kerana mahu menjaga kemaslahatan umat pd waktu itu. Beliau ttp tajarrud dengan perjuangan kemerdekaan dan beliau dihukum gantung. Kini rakyat Libya baru mengiktiraf perjuangan beliau.
    - Tok janggut juga syahid kerana bertempur dengan askar British yang mana sarjannya diketuai oleh orang Melayu. Walaupun beliau dihukum gantung, kita tetap menyangjungi beliau sebagai antara pejuang islam walaupun bertempur secara zahir dengan askar melayu.
    - P.Ramlee mendapat gelaran Tan Sri lama setelah arwah meninggal dunia.
    - kita juga percaya bahawa tokoh ustaz ibrahim libya serta rakan-rakan syahid semasa peristiwa memali. http://jihadsabiluna.wordpress.com/2008/04/17/mengenang-peristiwa-memali-1985/
    -Tim Mursyidul Am PAS, Ustaz Harun Din al Hafiz diiktiraf kerana ketokohannya dalam hal makhluk Allah yang bersifat ghaib di serata dunia hingga ke arab saudi..tetapi beliau hanyalah seorg ustaz di malaysia, sedangkan beliau adalah tokoh ulama gerakan islam.
    - Tok guru haji abdul hadi adalah tokoh yang mendapat didikan terus dari ikhwan mesir hanyalah dilihat tidak lebih dari figure politik oleh rakyat yang tidak mahu meneliti serta mengkaji.
    - seorang tokoh ulama yang diamanahkan oleh Allah untuk mentadbir wilayah kecil di timur malaysia selama 20 tahun dengan segala pengkhianatan terhadapnya..beliau telah berada di tangga ke 42 tokoh muslim paling berpengaruh dunia daripada senarai 500 tokoh2 muslim yang lain. serta mendapat anugerah nobel keamanan asia.(Gusi Peace Price Foundation) Tidakkah pernah kita terfikir, mengapa Allah ‘beri’ kan amanah tersebut? tidak ada ulama serata dunia yang Allah amanahkan sebidang tanah wilayah untuk ditadbir melainkan kepada sekujur tubuh kecil bernama TGNAA
    http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1051&Itemid=99999999

    tunggulah apabila tiba detik kehilangan semua mutiara di atas, barulah kita tercari-cari kembali hikmah kata-kata serta qudwah mereka itu.

    p/s : ibu saya pernah bergurau dengan saya : biasanya tok bomoh tidak famous di kampungnya sendiri..org seberang laut sahaja yang menghargai kelebihan tok bomoh kampung kita =)
    TIBA-TIBA SAYA TERFIKIR, JIKA KITA DITAKDIRKAN HIDUP DI ATAS BUMI ALLAH MESIR.. ADAKAH KITA PENDOKONG GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN..ATAUPUN HANYA SEKADAR MENYOKONG..ATAUPUN KITA ADA TENDENCY UNTUK MENUBUHKAN SUATU GERAKAN ISLAM BARU..=)

  5. SyedAnas says:

    Saya tidak nampak apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Fauzi dan blog-blog pimpinan ISMA lain di sepanjang ulasan mereka adalah menyuruh PAS dan UMNO bubarkan organisasi dan bina satu organisasi gabungan baru.Saya yakin,apa yang cuba dibawa oleh ISMA ialah menyeru kerjasama,kesatuan,kepaduan 1 UMMAH ISLAM yang majoritinya di Malaysia terdiri daripada melayu.Melayu.
    Tanpa pengabungan parti,tidak boleh wujud kerjasama kah?

    Satu lagi,Cahaya Kelembutan menyebut tentang HAMAS dan FATAH.Ya,mereka tidak bergabung kerana mereka jelas dengan apa yang mereka bawa.Di sudut lain,tidakkah saudari sedar HAMAS tidak langsung cuba untuk memerangi FATAH meskipun FATAH berusaha sehabis daya untuk memerangi HAMAS?Sebaliknya,HAMAS fokus untuk membebaskan Palestin,menyeru kebaikan kepada FATAH dan berjihad menentang mereka yang kafir.

    Nah!..Kerana kefahaman Islam yang mereka miliki,mereka mengutamakan musuh Islam yang sebenar.
    Perjuangan,perlukan kebijaksanaan.Berjuang membuta tuli hanya merugikan.

    ‘membina generasi harapan’

  6. 'ammar Lutfi says:

    pada pandangan saya, dalam usaha menegakkan kembali syariat Islam ialah dgn mmbina indivdu muslim yang memahami Islam itu secara menyeluruh..bukan sekadar memahami dlm satu konteks perjuangan sahaja…cuba kita hayati kata2 Hassan Al-banna
    “Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.

  7. 'ammar Lutfi says:

    pada pandangan saya, dalam usaha menegakkan kembali syariat Islam ialah dgn mmbina indivdu muslim yang memahami Islam itu secara menyeluruh..bukan sekadar memahami dlm satu konteks perjuangan sahaja…cuba kita hayati kata2 Hassan Al-banna

    “Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.

    tak perlu untuk bertikan lidah dan mmbuang masa…Action speaks louder than words…mendidik anak-anak,keluarga dan masyarakat serta berdakwah dgn menyampaikan Islam sebenar sperti yg difahami oleh para sahabat itu lebih baik…wallahua’lam.

  8. fatah says:

    sokong umno?…judi pun layan…baiklah PR, non muslim pun reti judi tu haram…

  9. tapi non muslim x mengaku keesaan Allah ‘azzawajal