|

Majlis Solat Hajat ISMA-Mesir Mansurah sempena musim peperiksaan

Mansurah, 13 MeiISMA-Mesir Cawangan Mansurah telah menganjurkan program solat hajat sempena musim peperiksaan yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Program ini telah disertai oleh lebih 30 orang mahasiswa perubatan dan Al-Azhar.

Program dimulakan dengan solat maghrib dan disusuli dengan solat hajat yang didirikan secara berjemaah. Selesai bersolat, hadirin bersama-sama menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Ketika ini, hadirin turut mengambil peluang untuk saling berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain.

Seterusnya, hadirin turut dihidangkan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Ali pelajar Fakulti Usuluddin Tahun 2 Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah. Beliau menekankan perlunya kita mengambil inspirasi sang arnab di dalam “Dongeng Si Arnab Dan Kura-Kura” yang boleh diaplikasikan masyarakat pelajar khususnya Melayu bagi memiliki semangat juang yang tinggi seawal perjuangan dimulakan sehingga berakhir dengan kejayaan yang dicitakan.

Sumber: Laman Web ISMA Mesir Cawangan Mansurah