Karnival Seni NAZIM cungkil bakat si kecil
Jitra, 1 Mei – Karnival Seni NAZIM yang berlangsung baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan Jitra memperlihatkan bakat besar anak-anak yang jika digilap bakal mewarnai persada seni negara dengan hiburan Islam yang indah dan mendamaikan.
Karnival yang disertai oleh pelajar-pelajar dari Tadika Nur Tasneem (Alor Setar, Tunku Maheran, Suasana Damai) dan Tadika Nur Syifa (Taman Suria, Tunku Sarina, Taman Teja) telah dirasmikan oleh Ustazah Junainah Jaafar, Ketua Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Alor Setar.
“Karnival seperti ini harus diperluaskan lagi bagi mencungkil bakat seni anak-anak kecil melalui landasan yang diredhai” ujar salah seorang waris pelajar yang ditemui semasa pertandingan.
Pertandingan bercerita telah dimenangi oleh adik Nusrat Irfanah Iman dari Tadika Nursyifa Changlun, pertandingan hafazan pula telah dimenangi oleh adik Izzatin Nuha manakala pertandingan nasyid telah dimenangi oleh Kumpulan Nasyid Soutul Ikhlas dari Tadika Nursyifa Taman Suria.
Sumber: Blog ISMA Kedah



