Doa buat Cikgu Hardi sekeluarga
Media ISMA ingin mengambil kesempatan untuk mengajak ahli-ahli ISMA dan sekalian pengunjung ISMAWeb untuk sama-sama menitipkan doa buat Cikgu Hardi (Pengerusi Kelab Remaja ISMA Shah Alam & Klang), isteri beliau (Cikgu Hafizah Ismail) dan seluruh keluarga, khususnya untuk bayi mereka yang baru lahir dan kini sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan di alam nyata ini.
Bayi lelaki yang juga merupakan anak keempat pasangan tersebut telah selamat dilahirkan pada jam 5.06 pagi, 7hb Mei 2010 dengan berat 3.05kg di Hospital Serdang, Selangor. Namun mujahid kecil itu kini berada dalam keadaan kritikal kerana beberapa komplikasi yang serius dan telah diletakkan di wad NICU untuk tujuan pemeriksaan lanjut.
Menurut Cikgu Hardi, semasa dilahirkan, anak beliau tidak menangis dan bergerak dengan aktif atau istilah doktor, ‘flat’ seperti lemah tak bermaya. Doktor dan jururawat amat berhati-hati dengan situasi bayi tersebut kerana kedua-dua belah paru-parunya penuh dengan lendiran kahak sehingga memaksa pemakaian alat bantuan pernafasan pada aras tinggi. Juga tekanan darah dan jantung yang tidak stabil. Doktor hanya mampu meletakkan masa selama 48 jam untuk melihat perkembangannya kerana keadaan yang sangat serius.
Media ISMA mendoakan semoga Cikgu Hardi sekeluarga tabah dan redha untuk menghadapi ujian yang telah ditakdirkan oleh Allah swt ini. Juga agar Allah swt memberikan kekuatan kepada anak mereka untuk terus berjuang hingga ke penghujungnya. Amin.
Cikgu Hardi boleh dihubungi di 019-2039390 atau melalui blog peribadi, http://temansejatimu.blogspot.com.


