|

Analisa PRK P94 (Bahagian 2)

Kenyataan Presiden Perkasa yang mengatakan bahawa pengundi Cina di Hulu Selangor tidak menghargai pemberian BN selama ini kerana menyokong PR, ada kebenarannya. Walaupun BN telah bertungkus-lumus cuba mempengaruhi orang-orang Cina namun semuanya itu gagal meyakinkan mereka untuk menyokong BN. Malah stastitik ini menunjukkan bahawa nasib BN pada PRU13 nanti kini berada di hujung tanduk:-

Keputusan Saluran Majoriti Pengundi Cina

PRU 2008 PRK 2010

BN

5,329 3,612

PR

7,440 8,166

Majoriti

2,111

4,554

Ini menunjukkan pertambahan majoriti undi orang Cina  bertambah sekali ganda (2,223) kepada PR. Ia jelas menunjukkan bahawa BN masih gagal meyakinkan orang-orang Cina walaupun pelbagai propaanda dan  sogokan telah diberikan.

Kenapa orang-orang Cina mengundi PR dan menolak BN?

Beberapa temuramah telah dibuat dengan penduduk Cina di Hulu Selangor bagi mengetahui tentang kenapa orang Cina menolak BN. Antaranya:-

1. Mereka melihat Gerakan dan MCA terlalu berlembut dengan UMNO dan tidak berani bercakap bagi pihak masyarakat Cina. Mereka hanyalah sebagai “Yes Man” untuk UMNO.

2. Isu korupsi dan keadilan kerajaan yang dilihat semakin teruk. Ini termasuk kes-kes seperti kes kematian Beng Hock, kehilangan enjin jet dan kapal selam.

3. Menganggap semua janji-janji dan pemberian wang oleh BN semasa kempen seolah-olah melekehkan mereka. “Adakah BN fikir kami ini peminta sedekah?”, begitulah kata sebahagian mereka. Ini bermakna strategi memberi wang kepada orang Cina bukanlah satu strategi yang baik. Malah ada di kalangan keluarga Cina berkelahi kerana si anak memarahi ibunya yang mengambil duit BN. Namun si ibu menjawab bahawa, duit ambil tapi undi tetap PR.

4. Majoriti pengundi muda Cina memberikan undi mereka kepada PR. Pemikiran yang lagi terbuka dan pendedahan yang lebih luas membuatkan mereka semakin matang. Ertinya BN survive hanyalah dengan mengharapkan undi golongan tua. Sampai bilakah ini akan kekal?

5. Mereka rasa terpinggir dan tidak dipedulikan selama ini. Mereka rasa tidak mendapat layanan yang sama dengan orang Melayu. Isu tindakan afirmatif amat tidak disenangi mereka. Selagi polisi ini terus dilaksanakan maka ia bermakna BN akan tetap gagal menangani kemarahan orang-orang Cina.

6. Double standard dalam kes mahkamah seperti kes 2 ADUN Perak yang terlepas dari hukuman hanya  apabila mereka tidak didapati bersalah oleh mahkamah. Ini hanya berlaku setelah mereka keluar dari PR dan menjadi ADUN bebas.

PRU13

Jika sentimen ini berterusan maka amat besar kemungkinan bahawa dalam PRU13 nanti kita akan menyaksikan pertukaran kerajaan pusat. Kita kena ingat walaupun orang Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini (60%) namun perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu menyebabkan mereka kini hanya merangkumi 30% sahaja.

Adakah ini satu senario yang lebih baik? Ini yang menjadi persoalan yang harus kita fikirkan.

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung

16 Komen untuk entri “Analisa PRK P94 (Bahagian 2)”

  1. Zubair Muhammad says:

    Itulah natijah politik yang tidak bersandarkan kepada fikrah Islam. jadi secara ringkasnya sebahagian daripada tugas umat Islam hari ini adalah meneruskan perjuangan untuk menyebarkan fikrah islam dengan menyuburkan tarbiyah secara lebih berkesan dalam semua bentuk. Sekadar pandangan ringkas..

  2. Hanan says:

    Salam,

    Itu sebabnya pengundi Melayu perlu disedarkan dari dibuai mimpi yang lena. Perubahan segera perlu dilakukan untuk mengubah minda Melayu yang selama ini hanya bergantung harap kepada UMNO BN. Melayu perlu rajin membaca, berusaha dan berpemikiran kritis. Jangan hanya menerima berita melalui satu pihak atau sumber yang sama sahaja dalam membuat penilaian.

    Harapan kita semoga Melayu juga berubah seumpama Cina & India untuk menerima PR dalam PRU13.

    Contoh DUN Perak: 59 Ahli DUN
    BN bertanding 59, menang 28
    PAS bertanding 21, menang 6
    DAP bertanding 18, menang 18
    PKR bertanding 20, menang 7

  3. betul tu hanan melayu kena melakukan anjakan paradigma tak kiralah dari ngo mana mereka berada yang penting kena fikir tentang maslahat umat islam

  4. Orang Pantai says:

    Kalau ikut kata mohdsyamyularifin, “kena fikir tentang maslahat umat islam”, maknanya kalau di Perak tu orang Islam PAS kena bergabung dgn orang Islam UMNO, sebab PKR campur, DAP tak ada Adun yang Islam. Kan mudah gitu. Tapi sebab taksub kepartian yang melampau, macam taksub pada PR yang melampau menyebabkan maslahat umat islam tidak difikirkan.

  5. Hanan says:

    Bukan begitu Orang Pantai. Kita bukan bicara perkara yang dah berlalu tapi PRU13 yang akan datang. DAP bertanding 18 dan boleh menang 18. Kenapa tidak PAS bertanding 21 dan menang 21. Yang pentingnya orang Melayu perlu berubah dan beri sokongan padu kepada PAS. Jadi tak timbullah nanti persoalan Menteri Besar dari kalangan orang bukan Islam.

    Isu bergabung dengan UMNO memang suatu perkara yang amat kita idamkan. Tapi yang kita inginkan bukanlah cuma bergabung di Perak sahaja. Itu namanya tak bijak berpolitik. Bagaimana pula di Kedah, Kelantan, Terengganu dll negeri di Malaysia?

    Isu bergabung bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara semberono. Niat perlu ikhlas dan bukannya diusulkan bila kita dah tewas.

  6. Orang Pantai says:

    Saya sokong Hanan yang nak agar orang Melayu sokong PAS, tapi orang Melayu sokong DAP saya tak setuju. Saya sokong Hanan yang mengidamkan PAS bergabung dengan UMNO, dan saya turut sokong kenyataan Hanan yang gabungan itu bukan sekadar di Perak sahaja, malah di seluruh negara, barulah kita bijak berpolitik. Usul gabungan ni tak semestinya datang dari orang UMNO (setelah tewas), ia juga boleh datang dari kenyataan Hanan sendiri yang mengidamkannya, yang sudah tentu Hanan seorang yang ikhlas. Selain itu, adakah DAP lebih ikhlas daripada UMNO?

  7. bujang says:

    Nampaknya selepas PRU 12 ni, kita asyik sibuk dengan isu Melayu. Tak habis-habis. Ambil contoh pun cerita Si Luncai, Sang Kancil yang peribadinya tak boleh di ambil contoh yang baik.yang penting nya Kita yang berbangsa Melayu ni tarbiyahlah diri, keluarga, rakan pejabat, jiran dan semua kaum tak kiralah Cina, India, Nasrani, Iban Kadazan, Orang Asli dan apa jua kaum pun.

    Ini diri kita, keluarga kita, rakan sepejabat kita malah semuanya tak tentu arah. Tak nampak contoh Islam bagaimana?

    Jadi-jadilah cerita pasal “Melayu”. Mari kita cerita pasal Islam. Bagaimana Rasul tarbiyah sahabat-sahabat? Tak kira bangsa, tak kira kasta, tak kira orang kaya atau orang susah. Ambil para rasul, sahabat, tabi’in dan pejuang-pejuang Islam sebagai bahan kita nak cerita nak didik diri kita. Kalau tidak medan kita ini samalah dengan Perkasa, Tak nampak sebagai pejuang Islam. Melayu aje lah.

  8. Hanan says:

    Orang Melayu sokong DAP, orang Pantai tak setuju. Jadi Orang Melayu sokong BN, Orang Pantai setuju ya walaupun ianya MCA, MIC, Gerakan dan sekutunya.

    Nak tanya pada Orang Pantai, biasanya UMNO bertanding lawan PAS/PKR atau lawan DAP?

    Orang Pantai tak kenal lagikah siapa UMNO tu? Banyaklah membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian secara kritis.

    JazakAllah.

  9. Orang Pantai says:

    Orang Melayu tak sokong DAP, tak semestinya dia sokong BN. Tak betul mafhum mukhalafah tu. Kita ada banyak pilihan, dengan syarat kita kena keluarkan pemikiran kita dari kotak percaturan politik berparti yang melampau. Saya kenal belaka, dah berpuluh tahun. Semua surat khabar saya baca, pernah jadi pengedar harakah sekitar tahun hujung 80an. Pada saya UMNO korup dan tak boleh diharap lagi, tapi tak bermakna kita perlu bersekongkol dengan DAP. Seeloknya kita berdiri atas kaki sendiri.

  10. berkahwin says:

    bujang………
    hanya beberapa post dalam blogger dan web isma tidak menunjukkan KESIBUKKAN KITA pd melayu…
    kita menginginkan Islam yg dinikmati oleh semua orang terutama sekali bangsa melayu, yg paling dekat dgn kita. Ini contoh rasulullah, kerana dakwahnya menyelami kaum quraisy dahulu bukan kaum lain….
    *enta kalu tgk keseluruhan web ni nampak fokus melayu ke? atau enta baca blog ust2 citer melayu muslim ni, depa nampak fokus melayu ke?
    MEMANG KITA FOKUS UNTUK MERUBAH MELAYU MUSLIM INI KEMBALI DEKAT DENGAN ALLAH DAN MENIKMATI NIKMAT SEBENAR BERGELAR MUSLIM…….
    ini isunya, kecik ke besar? salam perkenalan :)

  11. berkahwin says:

    p/s: perkasa dan ISMA sama ke matlamat? medan depa sama ke?

    tujuan penubuhan ISMA
    http://www.ismaweb.net/v4/info-isma/profil/

    tujuan penubuhan PERKASA
    http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7271

    khas buat bujang dan yg ingin memahami perjuangan ISMA……..:)

  12. Hanan says:

    Ya, itu yang idealnya.

    Tapi…realitinya bukan begitu..

    Jika diteliti keputusan PRU12, kerusi Parlimen Malaysia:

    BN tanding 222, menang 140
    PAS tanding 67, menang 23
    DAP tanding 46, menang 28
    PKR tanding 94, menang 31
    Bebas tanding 37, kalah semua.

    Kalau nak harap PAS sahaja, kena tunggu sampai ‘musang berjanggut’ la nak perintah Malaysia. PAS cuma bertanding 30% saja daripada 222 kerusi Parlimen.

    Jadi kenalah ada strategi. Itulah sebabnya PAS terlibat dalam Pakatan Rakyat(PAS, PKR & DAP) untuk menjatuhkan BN (UMNO,MCA, PBB,SUPP,PRS,UPKO,SPDP, MIC, PBS,GERAKAN, LDP & PBRS).

    Yang takut sangat kepada DAP kenapa? Mereka cuma bertanding 20.7% kerusi Parlimen sahaja.

  13. Orang Taman says:

    Setuju dengan Orang Pantai. Kita mesti berdiri di atas kaki sendiri…Yakin boleh!

  14. Orang Pantai says:

    Tiada jalan singkat dan pintas bagi perjuangan ini, jangan “mahu memetik buah sebelum masak” seperti kata Hasan al-Banna.

    Ia bukan ideal kalau kita ada kemahuan yang kuat dan tidak gopoh mahu memetik hasil. Ia adalah realiti jika perjuangan bertunjangkan tarbiyah membina generasi, bukan sekadar bertupangkan percaturan politik kepartian semata-mata.

  15. Hanan says:

    Tapi apakan daya. Realitinya sudah begitu. Tarbiyah dalam PAS tidaklah sebagaimana IKHWAN. Bagaimana input begitulah outputnya.

    Ana amat tertarik dengan isi kertas kerja Program KOBANA bertajuk Pandangan Hasan Al-Banna terhadap Agenda Pembangunan Ummah & Pelaksanaannya di Malaysia” hasil tulisan Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman.

    Mungkin Orang Pantai & Orang Taman boleh tolong mempromosikannya kepada ahli-ahli dan Pemimpin PAS.

    JazakAllah.

  16. Orang Pantai says:

    Ya Allah berkatilah usaha kami semua.