Semangat Wanita ISMA Sabah kian membara
Semoga tahun 2010 ini akan menjadi sejarah manis buat Wanita ISMA Sabah. Penubuhan ISMA Sabah adalah merupakan prasarana wajib buat ahli-ahli ISMA di Sabah untuk bergerak seiring dengan ISMA di negeri-negeri lain di seluruh negara. Gerak kerja yang tersusun akan memudahkan untuk wanita bergerak maju ke hadapan, untuk mencapai visi dan misi yang telah dilakarkan. Semangat sedia ada di kalangan wanita ISMA Sabah kian membara dengan adanya sokongan dan dokongan mantap dari ahli-ahli yang bernaung di bawah satu organisasi yang sistematik.
Dunia yang semakin mencabar ini sememangnya menuntut untuk barisan duat menyediakan saf dan kekuatan dalaman mereka. Wanita tidak terkecuali dalam menyahut seruan ini walau di mana jua posisi mereka. Sesuatu organisasi akan pincang jika tidak diimbangi dengan kebangkitan pendokong wanita mengiringi kaum Adam dalam mengharung tribulasi yang berbagai bentuk. Masyarakat yang mempunyai wanita yang baik akhlaqnya, terarah minda dan aqalnya adalah sebuah masyarakat yang beruntung.
Diharapkan gema kejayaan akan kita dengar dari Negeri di Bawah Bayu ini sedikit masa lagi. Membangun bersama Biro Wanita, mengatur aktiviti melalui NAZIM (Nadi Asybal wa Zahrawat) dan Biro Keluarga. Menjadi qudwah kepada masyarakat Islam, di Sabah khususnya. Sementara gabungan tenaga muda dan orang lama di sini akan terus melonjak dengan lebih proaktif, inovatif dan berkesan.
Sumber: Blog Wanita ISMA



mcm mana nak join isma sabah?
Saudari boleh contact Ustaz Sarip Adul, YDP ISMA Sabah, saripadul@gmail.com
ok syukran jazilan………..