Rehlah NAZIM Pulau Pinang bina kreativiti anak-anak
Bukit Mertajam, 3 April – Alhamdulillah, Kelab Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA Malaysia (NAZIM) telah berjaya menganjurkan satu rehlah di Pusat Sukan Dan Rekreasi MPSP di Bukit Mertajam. Bilangan peserta seramai 25 orang beserta tenaga pengiring seramai 7 orang dari kalangan ahli-ahli ISMA Pulau Pinang.
Program tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir selepas solat zohor kira-kira jam 2 petang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah bacaan doa perjalanan serta makna. Para peserta diminta untuk menghafal doa dan makna tersebut. Seterusnya ialah tazkirah yang disampaikan oleh salah seorang daripada tenaga pengiring, kemudian diiringi pula dengan sorak semangat oleh semua peserta.
Selain itu, pihak AJK NAZIM juga menyediakan acara sukaneka seperti tiup belon, bola beracun, kutip gula-gula dan lumba lari. Acara seterusnya ialah acara mandi-manda di dalam kolam yang terdapat di tempat tersebut.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada jam 1.15 petang. Selepas majlis tersebut, semua peserta dan AJK telah solat berjemaah sebelum pulang pada jam 2 petang. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Amin…
Sumber: Blog ISMA Pulau Pinang


