|

Perutusan takziah

Takziah diucapkan kepada ahli-ahli ISMA berikut atas ujian dan musibah yang telah menimpa mereka baru-baru ini:

  1. Ustaz Wan Hisham bin Wan Embong (Ahli JKP ISMA) dan seluruh keluarga, di atas pemergian ayahanda beliau yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 22 April 2010 (Khamis).
  2. Ustaz Abdul Halim bin Abdullah (Naib Presiden I ISMA) dan seluruh keluarga di atas pemergian ayahanda mertua beliau (ayah kepada Ustazah Fariza bt Ibrahim dan juga Sdr Azam bin Ibrahim, ahli ISMA Pulau Pinang) yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 26 April 2010 (Isnin) di Hospital Kepala Batas, Seberang Perai.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)