Not Too Bad (NTB) Juara Autumn Cup 2010
Sydney, 10 April – ISMA New South Wales telah menganjurkan Autumn Cup 2010 bertempat di The National Centre of Indigenous Excellence, Redfern yang bertemakan “Play As A Muslim”. Program kali ini disertai oleh 4 pasukan iaitu seramai 38 orang pelajar.
Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama pelajar (ukhuwwah) di New South Wales terutamanya di sekitar Sydney di samping menonjolkan kesempurnaan Islam yang merangkumi semua aspek termasuk juga aktiviti sukan.
Sukan bola tamapr dan futsal padang telah dianjurkan pada kali ini. Setiap pasukan perlu terlibat dalam kedua-dua permainan untuk mendapat gelaran juara keseluruhan. Autumn Cup kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua orang anak pegawai Petronas yang turut serta dalam sukan yang dianjurkan.
Pasukan “Not Too Bad” (NTB) telah muncul sebagai juara keseluruhan setelah memenangi semua perlawanan. Manakala pasukan Kuda Belang muncul sebagai naib juara diikuti dengan pasukan “Red Ants” sebagai tempai ketiga.
Semoga jalinan ukhuwwah yang telah terbina dalam kejohanan ini dapat diteruskan setelah berakhirnya Autumn Cup 2010.
Sumber: Laman Web ISMA Australia


