KRIM Pulau Pinang jayakan program Online Dengan Tuhan di SMKDHAK
Kepala Batas, 10 April – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pulau Pinang buat pertama kalinya telah berjaya melaksanakan program Online Dengan Tuhan (ODT) di SMK Datuk Haji Abdul Kadir. Program ini adalah kerjasama antara KRIM Pulau Pinang dan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMKDHAK.
Program dimulakan dengan taklimat program oleh Saudari Nor Azizah pada pukul 8.40 pagi. Ceramah ‘Online Dengan Tuhan’ telah disampaikan oleh Saudara Budiyanto bin Unggun, Pengarah KRIM Pulau Pinang sebaik sahaja sesi taklimat. Program diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama fasilitator-fasilitator yang dedikasi mencurahkan ilmu kepada para peserta. Aktiviti LDK bersama para fasilitator ialah menguji bacaan solat peserta dan praktikal solat.
Permainan ‘Impossible Mission’ pada sesi sebelah petang adalah kemuncak program. Permainan ini berjaya menarik semua peserta terlibat dengan bersungguh-sungguh menyelesaikan semua persoalan yang diberikan.
ODT diakhiri dengan ucapan penutup oleh Guru Kanan Kemanusiaan, Cikgu Zarinah bt Hasan. Beliau merakamkan penghargaan kepada KRIM Pulau Pinang dan mengharapkan kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi.
Sumber: Blog KRIM Pulau Pinang



Ingin membantu Program Online. Thank you