Delegasi ISMA NZ ziarah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Wellington, 14 April – Seramai 3 orang wakil ISMA New Zealand bersama wakil Sekretariat Antarabangsa ISMA, Ustaz Mus’ab bin Norkefli telah melakukan lawatan ke Pesuruhjaya Tinggi Malaysia bersempena dengan kedatangan beliau ke Wellington untuk Seminar Asas-Asas Islam dan juga Seminar Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA).
Perjumpaan selama satu jam bersama dengan Dato’ Hasnudin Hamzah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand telah membincangkan beberapa isu semasa seperti masalah pembuangan anak yang kini kian meruncing di Malaysia di mana perbincangan tersebut juga disertai oleh Lt Col Ahmad Faiezzelan Abd Karim (Defence Attache), En Adi Effendi Abdul Halim (Second Political Secretery) dan juga Pn Nor Ruzaini Jailani (Education Attache).
Selain daripada itu juga, turut disentuh permasalahan gejala sosial dan peranan struktur pendidikan dalam usaha mendidik dan membentuk masyarakat Islam di Malaysia yang lebih berkualiti. Pertemuan diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenang-kenangan ISMA NZ di Wellington.
Sumber: Laman Web ISMA New Zealand


