|

Brunei lebih takut murka Allah

“Syariat Islam didahulukan, keredhaan Allah diutamakan”. Mungkin itu slogan paling tepat yang menggambarkan pendirian kerajaan Brunei berhubung isu penjualan arak di negara tersebut. Atas dasar keimanan dan takut pada kemurkaan Allah SWT, Menteri Hal Ehwal Agama Brunei menolak sekeras-kerasnya cadangan untuk mewujudkan zon khas jual beli arak bagi memenuhi kehendak pelancong luar.

Beginilah semestinya sesuatu keputusan itu diambil, iaitu mendahulukan Allah SWT dan RasulNya dalam segala perkara. Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara bukanlah bergantung kepada kekayaan ekonomi atau ramainya pelancong luar yang datang, sebaliknya lahir daripada ketaatan terhadap hukum-hakam yang telah digariskan oleh syariat Islam.

Sebagaimana firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman!  Sesungguhnya arak,  judi, memuja berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, semuanya adalah perbuatan kotor (keji) dari amalan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah 5: 90)

Justeru menjadi harapan kita agar umat Islam di Malaysia khususnya para pemimpin dapat mencontohi pendirian tegas negara jiran tersebut dalam isu-isu yang seumpamanya.

1 Komen untuk entri “Brunei lebih takut murka Allah”

  1. Ummu Aiman says:

    arak ibu kepada maksiat…andai ianya wujud di satu tempat..ia akan merebak ke tempat2 lain..nampak mcm kecil…tapi ianya permulaan kepada dosa yg lebih besar!!!