|

Berdakwah adalah semulia-mulia kerjaya – Ustaz Fauzi

Ustaz Abdullah Zaik (kanan) dan Ustaz Fauzi

Shah Alam, 28 Mac – “Berdakwah adalah semulia-mulia kerjaya” tegas Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sambil memetik kata-kata Syeikh Abd Qadir al-Kailani: “…dan Allah menjadikannya seorang cendekiawan yang menyeru manusia kepada Allah, memberi peringatan dan ancaman kepada mereka, menjadi hujah (dia telah menyampaikan Islam), pembawa hidayah dan menyampaikannya.”

Beliau menambah: “Itulah matlamat tertinggi di kalangan bani Adam. Tiada darjat lain mengatasi mereka kecuali darjat kenabian. Janganlah kita merasa kurang beramal kerana kesibukan kita melaksanakan gerak kerja dakwah bersama ISMA berbanding mereka yang lain kerana berdakwah adalah jalan menuju darjat tertinggi selepas darjat kenabian.”

Naib Presiden II ISMA  ini seterusnya mengingatkan bahawa syurga amat mahal harganya dan kesukaran jalan menujunya adalah setimpal dengan ganjaran.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan penutup pada Majlis Lawatan Presiden dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA ke cawangan-cawangan ISMA Zon Tengah yang diadakan di sini baru-baru ini.

Oleh: Mohd Azizuddin Sahiddin
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA