|

“Badan Sihat, Minda Cergas, Dakwah Mantap”

Pasir Puteh, 2 April – Biro Wanita ISMA Kelantan telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan Wanita ISMA Kelantan 2010 bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh. Kehadiran seramai 70 orang peserta dari pelbagai tempat mengeratkan lagi ukhuwwah yang telah sedia terjalin.

Karnival ini bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8 pagi dan diteruskan dengan majlis perasmian oleh Ketua Wanita ISMA Kelantan, Ustazah Wan Azilah Binti Wan Abdullah. Beliau berkata: “Kita mesti menjaga kesihatan supaya seiring dengan kerja amal dakwah kita sebagaimana mafhum hadis Nabi: Allah lebih mengasihi orang yang kuat dari yang lemah”. Seterusnya dengan nama Allah beliau merasmikan Karnival Sukan Wanita ISMA Kelantan 2010.

Ustazah Wan Azilah merasmikan Karnival Sukan Wanita ISMA Kelantan 2010

Karnival sukan kali ini membawa mottonya yang tersendiri iaitu “Badan Cergas, Minda Cerdas, Dakwah Mantap”. Motto yang amat mendalam maknanya ini cuba diiterjemahkan di dalam senamrobik, bola jaring dan sukaneka. Dalam pada itu para peserta turut diuji dengan kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut diadakan dan diketuai oleh Doktor Mahana Sidik dan dibantu oleh Doktor Nurul Izza Yunus. Karnival diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah.

Sumber: Laman Web ISMA Kelantan

1 Komen untuk entri ““Badan Sihat, Minda Cergas, Dakwah Mantap””

  1. Ya badan yang sihat akan memberi kesan yang besar kepada pembinaan minda dan emosi yang sihat. Latihan senaman dan makanan harian yang seimbang dari segi sayuran, buahan perlu jadi amalan kita