Rakyat keliru
Beberapa tahun lepas semasa isu murtad memuncak, Mufti Perak Tan Sri Harussanilah antara yang terkehadapan membicarakannya. Malah tidak salah kalau saya katakan bahawa kenyataannya yang mengatakan semakin ramai remaja Islam murtad telah menimbulkan kontroversi dan ketidaksenangan pihak pemerintah. Beliau dituduh mengemukakan maklumat yang salah dan pelbagai lagi.
Satu forum akhirnya telah diadakan mengenai isu ini dan juga isu Lina Joy yang dihadiri oleh ribuan umat Islam di Masjid Wilayah, termasuk pimpinan dan penyokong pihak PR. Beliau dianggap hero ketika itu oleh pihak penyokong Islam dan menjadi rujukan apabila timbul isu-isu agama. Saya masih ingat bahawa ramai yang menangis ketika beliau membacakan doa selepas mengimamkan solat zohor.
Namun apabila beliau memberikan pandangan yang sedikit berbeza dengan PAS sehari dua ini maka beliau pula dituduh agen UMNO. Sehingga beliau dilabel tidak layak memegang jawatan Mufti.
Nah, bagi rakyat Malaysia, kita menganggap kedua-dua tokoh ini iaitu Tan Sri Harussani dan Tuan Guru Nik Aziz sebagai ulamak tersohor negara yang wara’ dan berilmu. Namun apabila kedua-duanya saling tuduh-menuduh maka ini yang membingungkan rakyat jelata. Seolah-olah politik di Malaysia ini mengatakan bahawa jika kita puji, kita akan disanjung tetapi jika kita kritik, kita akan dihina. Kalau senyap, kita juga akan dituduh pengecut atau pengampu.
Politik Malaysia benar-benar mengelirukan rakyat!
Kalau beginilah keadaanya, maka kepada siapa lagi kita harus mengadu masalah negara yang bertimbun-timbun ini? Kalaulah ulamak sendiri bergaduh sesama mereka, adakah rakyat marhaen akan hormat institusi ini lagi? Kalau orang Islam sendiri tak hormat ulamak, adakah orang-orang kafir akan hormat Islam? Mustahil. Akhirnya yang kafir tetap kafir, yang Islam habis porak peranda.

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung


Siapalah kita untuk menegur Ulama seperti mereka, Mungkin kita harus memahami mereka sebelum kita menegur.
Alhamdulillah dah ada muis….
“Siapalah kita untuk menegur Ulama seperti mereka, Mungkin kita harus memahami mereka sebelum kita menegur” sy x setuju dgn pendapat ni.
sahabat2 nabi s.a.w (umar, ali r.a) sentiasa meminta org lain agar menegur mereka jika mereka salah. mereka rela ditegur asalkan ia syarie & utk kebaikan ummat. sy yakin, ulama’ skrg pun akan berlapang dada jika kita menegur mereka, krn mereka manusia biasa, ada salah & silap. jika sifat tunggu & lihat tanpa menegur kerana ‘takut’ atau merasa lemah, hancurlah umat kerana islam agama nasihat!
bagi saya tiada yg mengelirukan, sabit hadith nabi riwayat imam ahmad, ummat akhir zaman akan melalui 5 babak.
1) detik kenabian.
23 tahun nabi muhammad memimpin ummat ini.
2) zaman para 4 khalifah yg memerintah mengikut minhaj pola sistem kenabian : abu bakar, umar ibn khatab, usman ibn affan & ali bin abi talib 30 tahun. sabit hadith
“Era Al-Khilafah di dalam ummatku berlangsung tigapuluh tahun, kemudian sesudah itu muncullah era kerajaan demi kerajaan.” (HR At-Tirmidzi 2152)
3) zaman kerajaan islam yg menggit al-quran.
(bezanya para shabat menggengam al-quran) tetapi masih dinaungi oleh pemerintahan kerajaan islam yg besar bani umaiyah, bani abasiyah & kesultanan uthmaniah di turki. zaman ini agak lama 13 abad. runtuhnya kerajaan islam kesultanan uthmaniah diturki 1924.
4) zaman kerajaan yg dipanggil mulka jabbiyan. (para pemerintahan pemimpin yg memaksakan kehendak dan meninggalkan Al-Quran & Assunnah. atau lebih jelas lagi Diktator.
5) akan berlangsung babak kekhalifahan dan kemudian nabi diam. ulamak sepakat menyatakan maksud nabi diam, maka berakhirlah dunia ini.
jadi bagi saya kita di dalam babak yg keempat. Zaman paling kelam dalam sejarah islam. Lihat sahaja dari timur hingga ke barat. Umat Islam tertindas. Memahami keadaan zaman ini penting. bagaimana sikap yg harus kita tampilkan. akhir kata jangan kita mengaku kalah keliru dalam memilih seorang pemimpin. Jangan pula kita sekali-kali mengredhakan pemimpin-pemimpin yg tidak mengikut Al-Quran dan Assunnah. Kita harus besabar dalam menempuh perjuangan ini. Sekira terdapat kata-kata saya yg mengguris hati, saya pohon kemaafan.
Wassalam.
“Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)…” (QS Ali Imran ayat 140)
siapalah ULAMA kalau tidak ditegur……………………….
“Bahagialah Umar, kerana rakyatnya mahu meluruskannya dengan pedang”-Umar al Khattab.
ulama zaman skarang ramai ada kuasa imuniti……..he..he
bg enti mmg tak keliru, mantap lg berdidikan agama……………..
tp bg 6.13 juta penduduk malaysia dgn pelbagai fahaman apatah lagi jauh dr sumber ISLAM……tidakkah mereka akan keliru….?……………………
bukan tak boleh tegur, tapi adakah kita mengenali mereka sebenarnya. kita kena lihat apakah sumbangan kita, cermin diri kita dahulu. tidakkah komen kita boleh mengelirukan ramai orang lagi.
salam..maaf bertny..adakah jika kita ingin menegur seseorang itu, kita perlu mengenalnya dahulu? dan adakah perlu kita melihat diri kita dahulu sblm menegur salah seseorg? hrp dpt penjelasan..
terima kasih
Ulamak boleh ditegur oleh sesiapa pun, teladan daripada Khalifah Umar al-Khattab sudah terang lagi bersuluh. Bagaimanapun teguran mesti jelas dan beradab, tidak melabel dengan label yang tidak layak bagi seseorang yang diiktiraf berilmu agama. Alhamdulillah laman ISMA tiada komen-komen yang menghentam peribadi guru-guru kita dengan kalimah yang tidak beradab seperti sesetengah laman, terutama ketika isu kerajaan perpaduan tengah hangat dulu. Semoga laman ISMA terus memainkan peranan mendidik generasi harapan.
MENJELASKAN KEKELIRUAN:
isu murtad adalah isu syariah ianya termasuk isu keyakinan aqidah umat, ia termasuk dalam tugas mememelihara maqasid syariah yang paling tinggi iaitu menjaga DEEN/Agama. Wajib dan bertanggungjawab kepada seluruh muslim individu dan kerajaan mengatasinya, berdasarkan syariah, bukan membiarkan tergantung. Atau menjadi dosa besar utk seluruh muslimin yang paling besar adalah menteri dan ketuanya terhadap Allah tuhan alam semesta yang memberi kehidupan dan nikmat kepada alam dan manusia. Apabila tak mahu mengatasi dalam keadaan kita berkuasa dan memerintah, samada takut atau bimbang atau malu kepada manusia (takut dan malu kat partner (dap/mca dll sebelah lebih dari Allah) untuk menjelas dan menegakan kebenaran syariah allah. Kehadapanlah wahai pemimpin negara islam kamu adalah wakil kami dan seluruh ummat.
Asas pendirian dan nasihat:
Saudara/ri setiap teguran diberikan maka yang benar adalah isi teguran tersebut. bukan dilihat pada
nama tok guru atau kumpulan atau parti, Saya bermaksud kebenaran syariah dan maqasid(kehendak) Allah mengatasi tok guru kerana mereka semua – (fuqaha’ adalah tunduk dan taat mutlak pada syariah Allah). Keputusan dan fatwa Syariah tidak diputuskan berasakan akal dan kepentingan tok guru atau tidak juga kerajaan atau pembangkang. Pendapat dan Hukum syariah diasaskan dikeluarkan dari sumber syariah yang qatie – alquran al hadis dan ijmak, ini bermaksud keputusan syariah adalah tertinggi tidak melihat pada kepentingan politik kumpulan, parti, mahkamah konvensional atau pandangan antarabangsa tak kiralah apa namanya…
Apabila terdapat perselisihan dikalangan fuqaha maka hujjah yang bersumberkan nas yang qatie dipegang disana tiada ruangan akal dalam syariah, Akal adalah alat untuk memahami, menafsir dan mengenali kebenaran dari wahyu Allah yang merupakan al Haq. begitulah kata imam syafei apabila terdapat hadis yang sohih itulah mazhabku, begitu juga imam haramain dan anak muridnya imam alGhazali. bagaimana kalau ada ayat alQuran tentulah lebih dahulu dan utama.
Sebelum nak mengutuk ulama…
disana terdapat beberapa kategori orang awam (orang awam adalah mereka yang tidak menguasai alquran dan hadis, usul fiqh, maqasid syariah, bahasa al Quran, pandangan dan khilaf mazhab muktabar.
1. orang yang tahu dia jahil maka dia belajar dan tidak membuat sebarang pandangan kecuali bertanya kepada orang yang faqih pada syariah.
2. orang awam yang bercakap tanpa melihat pada sumber syariah malah ramai yang bercakap atas nama islam, nada emosi kononnya benar, membaca alquran dekat lidah tapi tak faham, tak reti bahasa alquran. tak tahu (jahil dan bodoh) syarat, kaedah ijtihad, istinbat dan fatwa. sunnah dan hadis sittah (enam) yang muktabar tidak pernah khatam tetapi memberi pandangan. inilah dinamakan golongan yang sesat dan menyesatkan- mereka jahil bermain dan merendahkan hak Allah dan agama Allah melalui lidah mereka. golongan ini lebih bahaya dan inilah golongan jahil sesat dan menyesatkan – membawa fitnah dan khurafat dalam islam dan umatnya.
SERUAN SAYA:
Para ulama mesti berani kehadapan menjelaskan sumber syariah Islam menentang kepalsuan dan fitnah bagi Islam. seperti isu kalimat Allah, isu melayu dan islam, isu kesatuan persaudaraan dan mempersatukan ummah, isu kongsi kuasa kepimpinan islam dan kafir. Kalau ulama’ tidak kehadapan orang jahil akan menjadikan orang jahil yang hafal beberapa potong ayat al quran dan hadis menjadi ketua. apabila mereka diatas maka dia akan bercakap dengan akal dan kepentingan diri dan kumpulan tanpa merujuk ilmu dan panduan dari Allah. hasilnya mereka adalah sesat (seperti ahli kitab yahudi dan nasrani yang memakai akal membelakangkan kitab allah) dan mereka menyesatkan… kerana pandangan adalah akal semata-mata, kata-kata mereka bukan fiqh dan mereka bukan faqih yang mengambil kebenaran dari sumber syariah
saya bersetuju dengan saudara pekan, alhamdulillah terima kasih
saya setuju dengan pendapat pekan
Ulama mesti berani tampil ke hadapan menegur dan menjelaskan kekeliruan…dan bagi pihak diri kita jika orang di sekeliling kita tidak berubah..kita lah yg perlu mengubah diri kita..mencari Syariat dan Islam…yg makin tenggelam..
Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.
untuk menegur ulamak tidak ada masalah kerana hal ini jelas disebut dalam surah al-’Asr ayat 3. Tetapi,untuk menegur seseorang itu perlulah kepada ilmu dan adab dalam menegur bagi orang yang menegur dan orang yang di tegur. mungkin ulama berselisih pendapat kerana mereka mempunyai pendapat yang berbeza. maka,
Rasulullah bersabda mafhumnya: “sesungguhnya khilaf di kalangan umatku adalah rahmah”.
yang pasti, jgnlah kita berbantah antara sesama kita sdgkn tiada tindakan yang diambil. lakukan yang termampu selagi mana tidak melanggar hukum-hukum Allah.
“ACTION speaks louder than WORDS”. wallahua’lam