|

Perutusan takziah

Takziah diucapkan kepada ahli-ahli ISMA berikut atas ujian dan musibah yang telah menimpa mereka baru-baru ini:

  1. Saudara Ridzwan Shoib (ahli ISMA Daerah Hulu Langat) dan seluruh keluarga, di atas pemergian ayahanda beliau yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi, 24 Februari 2010 (Rabu) bersamaan 10 Rabiulawal 1431H di Sungai Petani, Kedah.
  2. Ustaz Nor Hisham bin Abu Hasan (YDP ISMA Kuala Pilah) dan seluruh keluarga, di atas pemergian ibu mertua beliau yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 Februari 2010 (Khamis) bersamaan 11 Rabiulawal 1431H di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)