Perutusan takziah
Takziah diucapkan kepada ahli-ahli ISMA berikut atas ujian dan musibah yang telah menimpa mereka baru-baru ini:
- Keluarga Allahyarham Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan (ISMA-Mesir cawangan Tanta), di atas pemergian beliau yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 Mac 2010 (Khamis) di Iskandariah, Mesir.
- Saudara Shakir bin Ibrahim (ISMA Daerah Hulu Langat) dan seluruh keluarga, di atas pemergian ayahanda beliau yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 Mac 2010 (Rabu) di Jerteh, Terengganu.
- Cikgu Zulkiplee bin Hassan (ISMA Melaka) dan seluruh keluarga, di atas pemergian ayahanda mertua beliau yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 21 Mac 2010 (Ahad).
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)


