|

Keusahawanan adalah kekuatan dan kemuliaan

En. Abdul Rahman menyampaikan taklimat kepada bakal-bakal usahawan.

Bandar Baru Bangi, 7 Mac“Sifat mahu berniaga amat berkurangan di kalangan bangsa Melayu Islam sedangkan ia adalah kekuatan kedua selepas kekuatan ketenteraan. Tanpa kekuatan ekonomi, sesuatu bangsa itu akan mudah diperkotak-katikkan, dianggap lemah dan rendah martabat,” demikian tegas Timbalan Presiden ISMA, En. Abdul Rahman Mt. Dali.

Seterusnya beliau menambah, “Dengan menguasai ekonomi, sesuatu bangsa itu mempunyai kuasa tawar-menawar (bargaining power) dalam menangani sebarang permasalahan atau konflik”.

Menurut En. Abdul Rahman lagi, membina sifat keusahawanan di dalam diri generasi muda akan membentuk generasi yang mempunyai sikap positif seperti mempunyai jati diri, rasa kemuliaan terhadap bangsa, berwawasan dan bercita-cita tinggi, berani menanggung risiko, bersungguh-sungguh, kuat berkerja dan sebagainya.

“Sebenarnya inilah ramuan penting dalam membangunkan semula sesuatu bangsa iaitu generasi yang tidak mahu bergantung kepada orang lain, suka memberi dari menerima dan keupayaan mencipta sesuatu yang baharu. Kesemua sikap tersebut dapat dipupuk dan dikembangkan dalam bidang keusahawanan,” ujar beliau.

Sebagai seorang yang telah lama bergelumang dalam dunia keusahawanan, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah ini seterusnya melahirkan rasa gembira kerana semakin ramai di kalangan anak muda yang mula berjinak dengan bidang ini. Beliau yang ditemui selepas program Taklimat IEP – Usahawan Dirancang yang diadakan di sini menutup perbualan dengan ungkapan ‘Berniaga akan menyerlahkan sifat kelelakian sebenar seorang lelaki’.

Oleh: Mohd Azizuddin Sahiddin
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA

2 Komen untuk entri “Keusahawanan adalah kekuatan dan kemuliaan”

  1. bujang says:

    Sebagai usahawan Muslim kita bertanggung jawab terhadap apa yang kita katakan, andaikata kita lakukan kesilapan dalam cara kita berniaga atau melakukan sesuatu tindakan yang tidak syaraie, kita akan memalukan Islam, masyarakat akan pandang serong pada mereka yang laungkan urusan niaga secara Islam.

    Biarlah kita menampakan sifat kelelakian Muslim sebenar di dalam dan diluar, bukan lelaki separuh separuh wanita.

  2. bujang says:

    jangan kita niaga islam untuk diri kita, biar kita digunakan islam untuk kepentingan ummah