Kes Indira Ghandi vs Ridhuan Abdullah
Kanak-kanak yang masih tidak mengerti ini adalah merupakan mangsa kepada perebutan antara sepasang suami isteri. Si suami telah memeluk Islam manakala sang isteri masih belum. Yang uniknya, si suami merujuk kepada Mahkamah Syariah sedangkan si isteri mengadu ke Mahkamah Sivil.
Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan kepada si suami yang telahpun Islam. Namun Mahkamah Sivil memutuskan sebaliknya dan memberikan penjagaan kepada si ibu yang masih beragama Hindu. Keputusan ini memberikan satu precedent yang sangat signifikan bahawa Mahkamah Sivil lebih tinggi dari Mahkamah Syariah.
Akhirnya yang akan menjadi mangsa adalah kanak-kanak ini yang tidak mengerti apa-apa. Persoalannya; apa akan jadi kepada kanak-kanak ini jika ianya diserahkan kepada si ibu? Ayahnya mengatakan beliau telah diislamkan. Tetapi adakah ia boleh bertahan?

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung


