|

KASRIM 2010 berjaya menggegar

Shah Alam, 13 Mac – Sekalung tahniah kepada juara pertandingan futsal bawah 18  dan 15 tahun untuk  Karnival Sukan Remaja Islam (KASRIM) 2010 iaitu KRIM DHL dan FU FC. Sejumlah 24 pasukan iaitu 16 pasukan bawah 18 tahun dan 8 pasukan bawah 15 tahun menyertai KASRIM 2010 bagi acara futsal yang telah dilangsungkan di Arena Sport, Klang baru-baru ini. Diaggarkan sejumlah 200 peserta memeriahkan karnival pada tahun ini.

KASRIM pada tahun ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM1400. Perasmian dilakukan oleh Yang Dipertua ISMA Shah Alam & Klang, Dr Amiruddin bin Wahab pada jam 9 pagi. Seterusnya peserta diberikan taklimat permainan dan berlangsunglah permainan tepat jam 9.30 pagi dengan menggunakan 4 buah gelanggang dan pusingan pertama tamat pada jam 12.30 tengah hari. Pengadil-pengadil yang mengadili perlawanan-perlawanan adalah yang terdiri daripada mereka yang profesional dan mempunyai lesen FAM.

KASRIM juga dimeriahkan dengan kehadiran pasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Klang dengan pameran mereka.

Perlawanan suku akhir dan separuh akhir berlangsung dengan penuh semangat berpasukan dan agresif. Akhirnya, bagi kategori bawah 18 tahun, 4 pasukan yang mara ke separuh akhir berentap, iaitu KRIM DHL lawan Meor Bistro (B) dan Boyz FC lawan Meor Bistro (A) dengan berkesudahan, KRIM DHL mara ke akhir dan berentap dengan Meor Bistro (A). KRIM DHL yang dibawa oleh pengurusya, saudara Yusri (Pengerusi KRIM DHL) pulang dengan kemenangan dan kejayaan 2-1 ke atas Meor Bistro (A). Manakala bawah 15 tahun, pasukan FU FC berjaya menewaskan pasukan NAWAWI dengan 6-0.

Tahniah kepada para pemenang. Semoga KASRIM pada tahun hadapan akan lebih berjaya.

Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang