|

Karnival Kerjaya Dakwah usaha atasi pengangguran aktivis dakwah

Dr Amirudin memberi taklimat pengenalan kepada amal dakwah di sekitar Shah Alam.

Shah Alam, 7 Mac – Karnival Kerjaya Dakwah anjuran  Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Cawangan Shah Alam & Klang telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Cawangan, Seksyen 27, Shah Alam. Karnival ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua ahli mengenai peluang kepada mereka untuk beramal dan menyumbang dalam aktiviti dakwah di sekitar Shah Alam dan Klang secara amnya.

Ini selaras dengan objektif program tersebut untuk memastikan ahli-ahli terlibat secara terus dengan mana-mana biro sekali gus mengurangkan pengangguran dalam amal dakwah.

Menurut Dr Amirudin iaitu Yang Dipertua ISMA Shah Alam & Klang, program seumpama ini dapat merancakkan lagi amal dakwah di kawasan selain memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai hala tuju cawangan di samping memberi peluang kepada ahli untuk bersoal jawab dengan wakil-wakil biro.

Benarlah kata bijak pandai bahawa ‘sesiapa yang tidak memenuhi jiwanya dengan kebenaran, ia akan dipenuhi oleh kebatilan’.

Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang