|

ISMA sokong usaha dakwah pelbagai kaum oleh MAIM

Bukit Palah, 22 Februari – Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menjemput pelbagai NGO termasuk ISMA untuk menghadiri satu mesyuarat bagi membincangkan dan merancang dakwah kepada pelbagai kaum peringkat negeri Melaka. Wakil ISMA yang merupakan Yang Di-Pertua ISMA Melaka sendiri, Ustaz Ahmad Zainal Abidin telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

ISMA sebagai organisasi dakwah memberi sokongan padu kepada usaha murni ini kerana ia dapat memperkukuhkan lagi Islam di negeri ini. Pelbagai perkara dan aktiviti dakwah telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun akhir-akhir ini kita mendengar berbagai-bagai masalah sosial yang menyedihkan, namun terdapat berita gembira dari mesyuarat tersebut.

Iaitulah perkembangan bilangan saudara-saudara baru yang memilih Islam sebagai cara hidup pada tahun 2009 bertambah dari tahun sebelumnya. Secara umumnya jumlah keseluruhan pertambahan saudara baru untuk tahun 2009 ialah 269 orang dan dari jumlah tersebut 53 orang adalah hasil usaha pihak PERTIM (Persatuan Tionghua Islam Melaka).

ISMA amat berharap agar seluruh penduduk Islam negeri Melaka bersama-sama membantu usaha yang murni ini. Semoga Allah swt menerima usaha kita.

Sumber: Laman Web ISMA Melaka