|

ISMA Seremban sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri

Saudara Omar Kassim (kiri) bersama Cikgu Adnan (Pengerusi YKS), Saudara Kamarul (Setiausaha ABIM NS)  dan Tuan Hj. Kamarudin (Pengerusi MIM).

Seremban, 26 Februari – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul 1431H peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). ISMA telah berarak bersama-sama dengan NGO-NGO Islam lain melalui kontinjen Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah NS, yang turut disertai oleh wakil-wakil daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yayasan Kasih Sayang (YKS) dan Madrasah India Muslim (MIM).

Saudara Omar bin Kassim selaku Setiausaha ISMA Seremban telah mewakili ISMA dalam sambutan tersebut. Sebanyak 88 kontinjen yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah menyertai perarakan yang berakhir di Jalan Datuk Bandar Tunggal ini.  Sempena  dengan sambutan hari keputeraan Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW kali ini juga, ISMA Negeri Sembilan mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Sumber: Blog ISMA Negeri Sembilan