100,000 rakyat Indonesia berdemonstrasi sokong al-Aqsa
Puluhan ribu rakyat Indonesia memenuhi jalan-jalan di ibu kota Jakarta pada hari Sabtu yang lepas (20 Mac 2010) dalam satu demonstrasi aman sebagai tanda sokongan terhadap Masjid al-Aqsa di wilayah Baitul Maqdis yang kini berhadapan dengan serangan Israel.
Sekitar 100,000 penyokong Parti Keadilan Sejahtera (PKS), yang merupakan parti komponen kerajaan perpaduan Indonesia, berhimpun di jalan-jalan ibu kota sambil mengisytiharkan bahawa rakyat Palestin tidak bersendirian dalam perjuangan untuk membela Masjid al-Aqsa.
Para pemimpin parti-parti Islam mengetuai perhimpunan tersebut yang menyaksikan salah seorang MP menegaskan bahawa Indonesia akan menyokong rakyat Palestin dengan segala cara demi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan tempat-tempat suci Islam.
Dr. Hidayat Nur Wahid, bekas Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia, melalui pidatonya di hadapan massa mendesak pemerintah Indonesia untuk melaksanakan peranannya sebagai negara Islam terbesar dan menyiasat serangan yang dilakukan regim Israel terhadap tempat-tempat suci Islam.
Beliau juga mendesak negara-negara Arab dan Islam, khususnya Mesir, untuk memainkan peranan yang lebih besar untuk menamatkan kemelut dalaman Palestin.
Para penunjuk perasaan memegang bendera Palestin dan gambar Masjid al-Aqsa.
Sumber: Ikhwanweb
Penterjemah:
Mohd Firdaus bin Sabturani
Ketua Pengarang
Media ISMA
100,000 Indonesians demonstrate in support of the Aqsa
Tens of thousands of Indonesians hit the streets of capital Jakarta on Saturday in support of the holy Aqsa Mosque in occupied Jerusalem in face of the Israeli attacks on the holy site.
Around 100,000 supporters of the Prosperous Justice Party (PKS), a member of the ruling coalition, exploded onto the streets of the capital, declaring that Palestinians are not alone in the battle for the defense of the Aqsa.
Leaders of Islamic action parties were at the forefront of the march with an MP affirming that Indonesians would support the people of Palestine with all means in defense of the Aqsa and Islamic holy shrines.
Dr. Hidayat Nur, who was the Speaker of Indonesia People’s Consultative Assembly, addressed the masses, urging the Indonesian government to assume its role as the biggest Islamic country and work on checking the Israeli attacks on Islamic sanctities.
He urged the Arab and Islamic countries, especially Egypt, to play a bigger role in ending the inter-Palestinian rift.
The demonstrators held Palestinian flags and photos of the Aqsa Mosque.


