Syeikh Mohd Nayel ke rahmatullah

Al-Marhum Asy-Syeikh Muhammad Nayel
Pada hari Rabu 3 Februari 2010 yang lalu, Asy-Syeikh Muhammad Nayel, bekas dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar telah kembali ke rahmatullah. Asy-Syeikh adalah salah seorang perintis awal jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Iman Hasan Al-Banna dan pernah menganggotai Maktab Irsyad (AJK Pusat) Ikhwan Muslimin.
Ketika di zaman mudanya, Asy-Syeikh Mohd Nayel merupakan salah seorang pimpinan yang menonjol, memiliki pendirian-pendirian yang penting dalam arena dakwah di kalangan mahasiswa Al-Azhar. Di antara kemuncak dari gerakan beliau di kampus ialah kejayaan mengembalikan Asy-Syeikh Al-Maraghy memegang jawatan Syeikhul Azhar yang penting itu.
Di akhir zaman, sepertimana Allah swt akan mengangkat kembali batu Hajar Aswad yang berasal dari Syurga, Allah swt juga akan mengangkat ilmu dari manusia. Bukan Allah mengangkat ilmu tersebut dengan menghilangkan tulisan di dalam buku-buku, akan tetapi Allah mengangkat ilmu dengan matinya ulamak demi ulamak.
Di hadapan Universiti Al-Azhar (Kampus Baru). Bersama Al-Ustaz Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birry, Rais Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) di depan Universiti Al-Azhar pada April 2008 lalu. Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birry dan Al-Marhum Asy-Syeikh Mohd Nayel mendidik mahasiswa Al-Azhar sejak sekian lama. Mesir banyak mengajar erti mencinta ilmu, kesabaran, perjuangan , kegigihan, keikhlasan dan tawadhuk.
Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum, menerima segala amalannya, mengampunkan segala kesalahannya, memberi taufiqNya kepada kita untuk mencontohi beliau dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama-sama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

