Resolusi Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa
Sdr Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA, membacakan resolusi konvensyen.
Kemelut perbezaan ideologi dan kekeliruan identiti yang melanda bangsa Melayu Muslim, sebagai bangsa teras umat Islam di negara ini, memerlukan satu jawapan yang mampu membawa satu penyelesaian yang menyeluruh. Penguasaan ideologi barat yang berasaskan humanisme telah berjaya mencengkam pemikiran bangsa Melayu sehingga mereka sudah tidak yakin dengan kemampuan diri dan terpaksa bergantung kepada bangsa lain. Lebih memburukkan lagi apabila bangsa Melayu Muslim ini sanggup berganding bahu dengan bukan Islam untuk saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Perebutan kepada kuasa politik menyebabkan mereka hilang pertimbangan sehingga terpaksa berkompromi dalam ideologi perjuangan mereka. Dalam masa yang sama kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh bangsa lain untuk menghina orang Melayu dan menuntut segala hak kesamarataan termasuk dalam isu-isu agama.
Sebagai bangsa majoriti, masa hadapan negara amat bergantung kepada keutuhan bangsa Melayu. Maka dengan itu konvensyen ini telah mengenengahkan pemikiran Imam Hasan Al-Banna dalam menentukan metod yang praktikal bagi merubah masyarakat Melayu Muslim untuk menjadi sebuah bangsa yang mulia dan berwibawa. Hasil pembentangan dan perbincangan, konvensyen ini mengemukakan resolusi-resolusi berikut :-
1. Untuk menjayakan agenda Islam yang besar ianya mestilah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Oleh itu, selaku kaum majoriti, membangunkan semula bangsa Melayu Muslim menjadi pra-syarat kepada kemuliaan Islam di negara ini dan ia mesti menjadi gagasan utama pemimpin negara.
2. Perpecahan antara golongan Melayu Islamis dan Melayu Nasionalis yang berpunca dari sikap kepartian yang melampau menjadi punca kelemahan bangsa. Oleh itu ia mesti dihentikan segera supaya orang Melayu tidak terpesong dari tujuan asalnya dan terjebak dalam agenda orang lain.
3. Pemikiran humanisme yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan akan melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti Kemelayuan dan Ketimurannya serta hilang jatidiri sebagai seorang yang berani dan berpegang teguh kepada agama. Untuk menyekat pemikiran ini masyarakat Melayu Muslim mesti dikembalikan semula kepada pendekatan keagamaan.
4. Model Fikrah Islam Syumul Al-Banna yang merangkumi aspek akidah, ibadah, tanah air, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya, ekonomi dan undang-undang terbukti telah berjaya menangkis fahaman dan ideologi Barat dan mampu membangunkan kembali jatidiri masyarakat.
5. Usaha mengubah nasib orang Melayu Islam di tanah air sendiri tidak akan membuahkan hasil jika Islam tidak diambil sebagai dasar dan falsafah. Memisahkan Melayu daripada Islam dalam konteks pembangunan sebuah bangsa yang berdaulat tidak akan membawa kesejahteraan, sebaliknya keadaan akan menjadi semakin gawat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial.
6. Kekuatan jiwa merupakan kekuatan utama dalam kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah manusia, tanpa mengenepikan ekonomi dan politik. Kesedaran rohani yang kita inginkan ialah hati yang hidup, kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar, hati baru yang menyala, perasaan yang bergejolak serta roh yang bercita-cita tinggi. Semua ini mesti ditanam di dalam jiwa bangsa Melayu Muslim.
7. Dalam menilai dan menentukan sikap terhadap sesuatu isu, masyarakat Melayu Muslim mesti berpandu kepada Maqasid Syarak dengan hujjah dari nas yang sahih bukan berasaskan kepentingan kuasa politik.
8. Tahaluf muslim dengan non-muslim tidak boleh membawa kepada wala’ kepada non-muslim apatah lagi untuk membantu mereka bagi menjatuhkan muslim lain. Ia hanya dibenarkan apabila non-muslim memenuhi syarat yang ditentukan syarak.
Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung



Assalamualaikum.
ISMA mula mengorak langkah ke masyarakat. Mula menegur kepimpinan Melayu UMNO dan PAS supaya bersatu atas landasan yg desepakati untuk membangunkan Ummat Melayu Muslim. Cadagan saya selepas ini sebagai bukti kesungguhan ISMA dalam Hal ini
1. Mengadakan konvensyen seperti ini lagi untuk sebarkan kefahaman Ikhwan/ Medium lain
2. Mengkaji sejarah ummat melayu Islam Tanah air dengan detail drp pelbagai segi
3. Mula memberikan nasihat/cdangan kepada Pimpinan PAS dan UMNO apakah agenda-agenda scrara specific yang boleh disepakati tersebut (BARU REALISTIK) instead of minta supaya bersatu tp mcm sebut atas angin ja. Perlu jumpa mereka dan berbincang specific betul2 apa agenda2 nya?
4. Amal ISMA, projek2 dan agenda dalam masyarakat perlu diperhebat sehingga masyarakat rasa kewujudan ISMA sama ertinya seperti HAMAS. Walaupun tak memerintah lg, tp dah mcm pemerintah(alternative government) ,(didik individu,keluarga, masyarakat, bina sekolah2, pusat kebajikan, hospital2, universiti2, dll) sebagai bukti amal yg bersungguh2 mengikut kadar kekuatan yg ada pada ISMA.
Maaf, nampak mcm ideal sgt.. tp boleh bekerja ke arah itu dengan pengorabanan dan kesungguhan…masa akan menentukannya…
maaf.
alhamdulillah,KOBANNA telah berjaya mengenengahkan satu bentuk muhasabah untuk semua individu muslim, fikrah islam yg Allah kurniakan sbg satu panduan selepas kita meletakkan Quran & Sunnah sbg asas utama dalam menyelesaikan masalah diri terlebih dahulu sebelum mampu menyelesaikan masalah umat terbanyak.Teruskan usaha antum semua,pandangan saya kalau boleh kita mendengar wakil PAS,ABIM,JIM,NGO dlm membicarakan pemikiran Tokoh2 Ikhwan,kerana mereka juga menggunakan rujukan yg sama.Allah hu Akbar.
Assalammualaikum wbt…
Terpanggil untuk mengulas(bukanlah bermaksud lebih arif),
Pertama, amatlah menggelikan, jika boleh dikatakan lautan ilmu serta lontaran pemikiran Imam Hassan al-Banna yang luas, bab bangsa pula yang diricik menjadi pusat perbincangan. Bagaimana dengan lontaran ilmu Imam Hassan al-Banna yang jelas memperjuangkan Islam? Persoalan menegakkan Daulah berdasarkan al-Quran dan Sunnah?
Boleh difahamkan bahawa Imam Hassan al-Banna merupakan perintis dalam menterjemahkan perjuangan Islam pasca kejatuhan Khalifah terakhir, namun apabila soal bangsa yang hendak diisukan, lebih afdal jika kita sendiri merujuk kepada sirah perjuangan Rasulullah. Tidak diperdebatkan langsung soal supreme race mahupun soal menegakkan sesuatu bangsa.
Rasulullah saw dalam pidatonya berkata:
‘Wahai manusia, ingatlah, sesunguhnya Tuhanmu adalah satu, dan ayahmupun satu (Adam). Orang Arab tidak lebih utama dari orang Ajam (non-Arab), dan orang Ajam tidak lebih utama dari orang Arab. Tidaklah lebih mulia orang berkulit hitam atas orang yang berkulit merah, dan tidak lebih mulia orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam, kecuali karena taqwa’.
Menelusuri sejarah, amatlah menjengkelkan jika 1400 tahun kemudian umat Islam terbit dengan sifir ‘tegaknya bangsa maka tegaklah agama’. Daripada mana sifir ini digali? Buta sangatkah umat Islam untuk memahami sejarah sendiri? Tatkala Bani Umayyah diruntuhkan kerana meminggirkan bangsa Ajam (bukan Arab), tatkala Portugis menakluk Kota Islam Melaka atas nama white supremacy, tatkala orang Arab memerangi Turki Uthmaniyah atas semangat kebangsaan, kita pula pada hari ini ingin menegakkan sifir yang celaru.
Budaya? Pihak berkuasa secara rakusnya mempromosi hedonisme atas nama budaya
Bahasa? Kita sendiri yang turun berdemonstrasi mempertahankannya
Apa yang ada pada bangsa?
Nilai murni, hormat orang tua? Itu menjadi dasar didikan Islam
Kebangggaan, ketamadunan? Islam menjadi dasar berkembangnya tamadun bangsa kita.
-dipetik dari email seorang sahabat-
Amat setuju dengan resolusi konvevsyen
Perlu disebarluaskan.
Disyorkan penekanan kepada warganegara Islam Malaysia.Saya tidak ada niat nak pinggir Melayu.
Islam matlamat kita dan ialah penyatu ummah.
“Nasionalisme Arab atau Liga Arab, istilah ini juga ada hubungan yang amat ketara dengan dakwah kita. Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan menjadi bangsa pilihan.”
“Islam tidak akan mampu bangkit jika bangsa Arab tidak mampu disatukan dan dibangunkan.”
Itu adalah hanya dua petikan daripada lautan ilmu serta lontaran pemikiran Hassan al-Banna yang luas seperti kata saudara pencari kebenaran. Apakah fiqh yang boleh kita gali daripada kata-katanya itu dalam konteks masa depan Islam di Malaysia?
Nampaknya Kobanna perlu diulang anjur agar memberi peluang kepada sesiapa yang tidak dapat hadir tempoh hari untuk meneliti kertas kerja yang dibentangkan dan bersemuka dengan pembentangnya.
kita lebihkan ‘action’ yang betul untuk realisasikan islam ke landasan yang ‘sepatutnya’.
Gagasan Hasan Al-Banna sehingga kini masih gagal untuk wujudkan kerajaan di Mesir. Walhal di Mesi lebih 90% penduduknya beragama Islam dan bercakap dalam Bahasa Arab. Berbeza dengan Malaysia, penduduk Melayu-nya hanya dalam sekitar 55%. Ini belum diukur berdasarkan nilai undi.
Kepimpinan Islam lebih baik daripada kepimpinan Melayu. Di Malaysia ikut statistik, Melayu hanya dominan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Negeri2 lain nisbahnya 50:50. Jadi idea ini nampaknya kurang relevan dalam konteks Malaysia. Persetujuan diatas dasar2 bersama yang Islami antara orang Islam dengan bukan Islam adalah perlu wujudkan negara yang selamat dan sejahtera untuk semua.
ISMA atau Ikatan Muslimin Malaysia wajar melihat peranannya dalam konteks muslimin bukan konteks Melayu. Di Sarawak-kepimpinannya beragama Islam walaupun berbangsa Melanau. Begitu jiga di Sabah.
Saya merenung pendapat sdr Kamal sekali baca ada betulnya. Cuma bila saya lihat detail saya ada sedikit persoalan dan pandangan, yang mana meskipun nisbah di negeri lain 50:50, tetapi itu adalah fakta dari aspek ‘dominasi’. Namun fakta dari aspek bilangan menunjukkan dari 25.7 juta rakyat Malaysia, lbh kurang 50% adalah dari kalangan Melayu.. Saya setuju dari aspek dominasi memang melayu agak kurang buat masa ini, tetapi hakikatnya jumlah penduduk islam dari kalangan Melayu tetap paling ramai berbanding penduduk islam dari kalangan bangsa lain. Cuma mgkn fokus sdr Kamal ialah dari segi hasil undi PRU, maka itu menjadi neraca bahawa Melayu ‘tidak dominan’ di negeri-negeri tersebut.
Maka persoalan dominasi inilah yang menjadi isu kita, adakah kita akan membiarkan dominasi terus dikuasai oleh bangsa lain yang majoritinya bukan islam, meskipun secara hakikatnya Melayu lebih ramai dari sudut jumlah?
Saya melihat dominasi bukan-muslim ini mgkn disebabkan oleh kesatuan Melayu Muslim tidak dicapai lagi, maka itulah sebenarnya yang di-canangkan dalam KOBANNA ini, iaitu menyelesaikan isu dominasi ini dari persoalan pokoknya iaitu kesatuan Melayu Muslim. Kurangnya dominasi Melayu Muslim adalah produk atau kesan dari tidak wujudnya kesatuan dalam format tersebut.
Adapun Mesir, saya tidak boleh bercakap dgn lebih kerana tidak berada di Mesir, namun apa yang saya lihat dari jauh ialah gagasan al-Banna di Mesir berkembang pesat dan makin berpengaruh di peringkat akar umbi. Dokongan diberikan kpd Ikhwan mesikpun secara senyap-senyap kerana takut ditangkap. Lambat atau cepat mungkin bukan ukuran yang hakiki, kerana itu bergantung kepada wasilah atau kaedah yang digunakan dalam perubahan.
Banyak faktor lain yang menghalang tertubuhnya gagasan al-Banna di Mesir seperti pemerintahan diktator,penangkapan berterusan, tekanan Amerika, konflik Israel-Palestin dan mungkin ada lagi yang tidak saya ketahui.
Sekian pandangan dari saya. Wallahua’lam
Bila kita menyeru kepada membangunkan Melayu, ramai yang melatah kerana merasakan ianya rasis dan asabiyah.
Pada pandangan saya, ISMA menyeru pada menguatkan bangsa Melayu ini berdasarkan ISLAM yang sahih dan syumul.
Tidak tertinggal sedikitpun unsur Islam itu. Membangunkan,membangkitkan sesuatu bangsa berasaskan Islam adalah amat dituntut. Rasulullah SAW membawa perubahan ke atas bangsa Arab yg juga tonggak pada Islam. Sememangnya wujud Salman al Farisi, Shuhaib ar Rumy ( walaupun namanya ar Rumy tapi beliau adalah org Arab), Bilal dsb. Mereka ini semuanya berbahasa Arab, berbudaya Arab dan mendokong perjuangan ISlam.
Dan ISMA menyeru kepada membangunkan Melayu yang sememangnya ISLAM ini adalah seiring dengan sirah. Bangsa Melayu adalah tonggak pada Islam.
Perlu diasingkan perjuangan membangkitkan Melayu Islam ini dengan perjuangan asabiyah dan nasionalis.
Ianya bukan Melayu semata. Juga dari segi peratusan dan angka Melayu, itu menandakan peratusan orang Islam sendiri. Jika kita ingin mengambil pandangan siasah, maka nilai angka itu memang penting. Tapi jika kita menilai dari perspektif pembangunan sebuah bangsa tonggak kepada Islam iaitu Melayu, perjuangan ini adalah sangat relevan dan mendesak.
Sekadar pendapat.
Salam,
Saya berharap sangat agar ISMA sebagai NGO Islam pikir panjang2 & buat kajian mendalam sbelum memperkenalkan method dakwah yg kontroversi. Diharap juga pendekatan baru ISMA ini bukan didorong oleh “sikap ingin berbeza dengan NGO Islam lain”, takut2 ini akan makan tuan dikemudian hari.
Pengalaman ISMA yg agak kurang mendalam dalam mendekati golongan bukan Islam apatah lagi dalam berdakwah kepada mereka menyebabkan timbul prasangka buruk kepada org bukan Islam di Msia. Mereka seolah-olah dianggap sebagai musuh atau ancaman kepada Islam bukan sebagai org yg perlu didakwahkan dan dikongsikan nikmat Islam ini.
Saya syorkan agar ISMA boleh menggunakan pendekatan dakwah dengan melibatkan diri dalam program bersama bukan Islam sebanyak mungkin dan perkenalkan Islam kepada mereka. Supaya ISMA lebih mengenali waqi’ Msia yg berbilang bangsa & agama. PAS juga suatu masa dahulu mempunyai pandangan yg sama kepada org bukan Islam (maaf kalau tersilap), tapi sekarang suasana berubah.
Banyak yg perlu dipelajari oleh ISMA daripada abang2 NGO Islam & Parti Islam sebelum boleh diangkap sebagai jaguh memperjuangkan Islam. Pengalaman itu adalah suatu yg sangat berguna & mahal harganya. Allaahu A’lam
Assalamu’alaikum wr wb
Alhamdulillah, konvensyen seperti ini sangatlah penting dan perlu untuk digalakkan, apalagi di zaman sekarang ini, banyak manusia yang bingung, pedoman manakah yang hendak diambil.
Kapitalis telah gagal
Komunisme pun menemui kegagalannya
Sekularisme telah masuk ke dalam jurang
Maka solusinya tinggallah ISLAM
Semoga hasil rekomendasi konvensyen dapat disebarluaskan ke ummat Islam dan juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari.
AMIN.