|

Rehlah Gunung Datuk bina keperibadian anak-anak ISMA

Peserta-peserta bersemangat untuk menawan Gunung Datuk.

Rembau, 12-13 Februari – Alhamdulillah, satu program rehlah ke Gunung Datuk, Rembau khusus untuk anak-anak ahli ISMA yang sedang menuntut di sekolah-sekolah menengah di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya diadakan. Aktiviti berorientasikan kerohanian dan kelasakan ini bertujuan untuk membina kekuatan fizikal para peserta di samping membangunkan keperibadian mereka sebagai seorang muslim yang syumul.

Jalinan ukhuwwah tergambar di kalangan peserta.

Program yang merupakan projek khas Biro Pembangunan Sumber Manusia (HRD) ISMA Seremban ini telah menarik penyertaan seramai 15 orang anak-anak ahli ISMA. Rehlah kali ini diseliakan oleh Ustaz Tajul Azhar, Ustaz Mohd Shah Ujang dan Ustaz Yusri Salleh, serta dibantu oleh Saudara Aiman iaitu pelajar lepasan STAM. Semoga aktiviti sebegini dapat mengukuhkan ikatan ukhuwwah di kalangan anak-anak ahli ISMA dan membangunkan potensi diri ke arah kecemerlangan.

Sumber: Blog ISMA Negeri Sembilan