Program NAZIM DHL buka tirai 2010 dengan penyertaan menggalakkan
Bandar Baru Bangi, 24 Januari – Seramai 50 orang peserta telah hadir di Pejabat ISMA Daerah Hulu Langat (DHL) bagi membuka tirai pembukaan program NAZIM untuk tahun ini. Penyertaan yang diterima sangatlah menggalakkan! Seramai 9 orang AJK telah bersama-sama menjayakan program hari ini dan dibantu oleh 2 orang bekas peserta NAZIM.
Konsep baru tahun ini diperkenalkan di mana peserta-peserta diberi sebuah buku catatan dan di bahagian depannya tertulis “Kelab NAZIM DHL 2010”. Peserta akan menampal semua bahan yang diedarkan ke dalam buku ini. Buku catatan ini perlu dibawa setiap kali menghadiri program.
Para peserta diberi taklimat mengenai program-program yang akan diadakan sepanjang tahun. Setiap kali perjumpaan peserta akan diberi tugasan untuk menghafaz surah-surah tertentu, sekiranya berjaya menghafaz dengan lancar, peserta akan diberi pelekat yang akan ditampal ke dalam buku tersebut. Makin banyak surah yang dihafaz, semakin banyaklah pelekat yang peserta akan dapat.
Peserta juga diperkenalkan lagu nasyid tema kelab. Lagu ini akan dialunkan sebelum program bermula. Aktiviti lain ialah kraftangan. Aulad (kanak-kanak lelaki) diberi plastisin dan mereka dikehendaki membuat apa-apa bentuk seperti haiwan, bunga, pokok dan lain-lain. Manakala banat (kanak-kanak perempuan) menggubah bunga mawar daripada tisu dan membuat bunga matahari.
Program tamat pada pukul 10.30 pagi diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.
Sumber: Blog ISMA DHL





barakallahu lakum……………..
semoga permulaan program nazim ini menjadi inspirasi dan kebersamaan seluruh penggerak nazim…………
mesti MEMBINA GENERASI HARAPAN………