|

Pembaca berita Al-Jazeera sebak ketika menyampaikan berita

Pembaca berita Al-Jazeera sebak ketika menyampaikan berita, disaksikan oleh jutaan penonton Arab di seluruh dunia.

TV boleh merosakkan muda-mudi dengan memaparkan rancangan dan gambar yang berunsur maksiat. Namun begitu ia juga boleh mendidik umat ke arah positif, peka dan pedih terhadap nasib malang umat Islam, membangkitkan kesedaran dan semangat juang ke arah mengagungkan Islam berhadapan dengan segala sistem dan kekuatan di Barat dan Timur.

Video di atas menunjukkan seorang pemberita stesen Al-Jazeera yang bukan sahaja menyampaikan berita, malah menyampaikan sama perasaannya yang tidak boleh ditahan lagi apabila melihat pembunuhan yang dilakukan oleh kaum Yahudi, bangsa yang dilaknat Allah swt, terhadap umat Palestin termasuk 4 orang kanak-kanak Palestin sekeluarga yang tidak berdosa semasa kempen perang Israel terhadap Gaza di awal tahun 2009 yang lalu.

Seorang lagi pemberita terkenal dari stesen Al-Jazeera sebak ketika menyampaikan berita kematian seorang pemberita Al-Jazeera, Tariq Ayyub, yang dibunuh dalam serangan tentera Amerika dan British di Iraq. Tariq Ayyub baru sahaja berkhidmat di Baghdad, Iraq. Beliau mula berkhidmat di stesen Al-Jazeera di Amman, Jordan sejak tahun 1998.

Begitu jugalah kita harapkan pembaca-pembaca berita di tanahair Malaysia. Agar siaran berita memberi kesan dan didikan kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam, mereka seharusnya:

  1. Menjaga kesopanan dan pakaian agar menepati syariat Islam, apatah lagi mereka ditonton oleh segenap rakyat jelata ketika tayangan berjalan.
  2. Memahami keadaan dan nasib umat Islam di zaman ini dan turut berusaha untuk merubahnya ke arah yang lebih baik, lebih bertaqwa dan mampu pula berperanan memimpin dan membimbing umat manusia lain yang belum disinari dengan hidayah Islam.
  3. Merasai bahawa mereka mempunyai peranan yang sangat penting dan amat berpengaruh terhadap masyarakat di Malaysia melalui penonjolan diri mereka dalam siaran “berita” tersebut.
  4. Menyampaikan sesuatu berita tentang nasib umat Islam dengan penuh ikhlas, bersungguh-sungguh dan professional, agar penonton bukan sahaja boleh berkongsi maklumat melalui siaran “berita”, bahkan berkongsi sama perasaan, nasib, semangat dan cita-cita.

Semoga Allah swt terus mengemukakan contoh-contoh baik kepada umat Islam ini agar menjadi ikutan bagi orang lain.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

1 Komen untuk entri “Pembaca berita Al-Jazeera sebak ketika menyampaikan berita”

  1. Salam ustaz. Sangat bermakna artikel ini ustaz. Ana harap semoga Allah menerima segala amalan kita. Moga-moga doa kita terhadap masyarakat Islam di dunia ini Allah perkenankan. Selamat berjuang!