|

Kempen Derma Kilat untuk mangsa kemalangan di Johor

Sebagai tanda keprihatinan dan bagi meringankan ujian yang menimpa ahli-ahli ISMA Johor yang terlibat dalam kemalangan di Yong Peng pada Sabtu malam yang lepas (30 Januari 2010), Unit Kebajikan ISMA dengan kerjasama Media ISMA telah melancarkan kempen derma kilat untuk mereka. Sehubungan dengan itu, segala sumbangan daripada para dermawan bolehlah disalurkan ke akaun Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia, 562218201823 (Maybank). Sila maklumkan setiap sumbangan kepada Ustaz Wan Hisham Wan Embong (013-3334746).

Media ISMA mendoakan agar mangsa-mangsa yang terlibat dan seluruh keluarga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini. Didoakan juga semoga semua yang ditimpa musibah akan segera sembuh dan meneruskan amal-amal dakwah dengan lebih bersemangat insya Allah.

2 Komen untuk entri “Kempen Derma Kilat untuk mangsa kemalangan di Johor”

  1. [...] kemalangan oleh Saudara Zulhilmi. Klik di sini. * Kempen derma kilat untuk mangsa kemalangan. Klik di sini. [...]

  2. Bolrh layari blog krim untuk gambar dan maklumat terkini.Untuk akhi Shoen dah boleh keluar wad tengahari ini.