Al-Zoghbi: Kemusnahan di Gaza melampaui perbuatan Nazi
Gaza, 16 Feb. – Ahli perundangan Syria, Mohamed Al-Zoghbi menyatakan bahawa tahap kemusnahan yang disaksikan sendiri oleh beliau dan delegasi ahli-ahli parlimen Arab yang lain di Semenanjung Gaza menjangkaui semua tanggapan, malah mengatasi perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pihak Nazi.
Dalam satu kenyataan akhbar kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), Zoghbi menekankan bahawa lawatan ahli-ahli perundangan Arab ke Gaza sepatutnya berlaku lama dahulu, sambil mengakui bahawa lawatan kali ini adalah untuk melihat kemusnahan yang berlaku ke atas Gaza di samping memanifestasikan kebersamaan bangsa Arab dengan rakyat Gaza.
Di pihak lain, penganalisa politik Palestin, Mustafa Al-Sawaf memperlekehkan kesan lawatan delegasi Arab tersebut ke Gaza, dengan berkata bahawa lawatan tersebut sudah terlalu lewat.
Sawaf menambah bahawa lawatan kali ini tidak lebih daripada gimik media yang bertujuan menutup mulut pihak-pihak yang mengkritik polisi-polisi Arab terhadap Gaza, sambil menegaskan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh regim-regim Arab meyakinkan ketiadaan kesungguhan sebenar untuk menyokong rakyat Gaza.
“Mereka datang ke Gaza tanpa membawa sebarang bantuan kepada penduduk yang terkepung dan mereka tidak mempunyai polisi yang jelas terhadap tembok besi yang sedang dibina oleh kerajaan Mesir”, tegas beliau.
Sumber: The Palestinian Information Center
Penterjemah:
Lufti Abbas bin Bidin
Wartawan/Penulis
Media ISMA
Syrian MP: The destruction in Gaza surpassed what the Nazis did
GAZA – Syrian lawmaker Mohamed Al-Zoghbi said Tuesday that the size of destruction which he and other members of the Arab parliamentary delegation saw in the Gaza Strip exceeded all expectations and surpassed what the Nazis did.
In a press statement to the Palestinian information center (PIC), Zoghbi stressed that the visit of the Arab lawmakers to Gaza was supposed to take place long time ago, noting that this visit is aimed to see the destruction inflicted on Gaza and convey the solidarity of Arab peoples to Gaza people.
For his part, Palestinian political analyst Mustafa Al-Sawaf played down the importance of the Arab delegation’s visit to Gaza, saying that this visit happened too late.
Sawaf added that this visit is only for media consumption and aimed to silence all those who criticize the Arab policies towards Gaza, affirming that that the steps taken by Arab regimes confirms the absence of a real will to support Gaza people.
“They came to the Gaza Strip without carrying any kind of aid to its besieged people and they also did not have a clear position regarding the iron wall which the Egyptian government is building,” he emphasized.


