|

WHO: Taraf hidup dan kesihatan di Gaza kian meruncing

Gaza, 26 Jan. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan bahawa kepungan dan keganasan regim Zionis Israel terhadap Gaza telah memburukkan lagi situasi kehidupan penduduknya yang sudah pun berada di tahap serius.

Dalam laporannya yang dikeluarkan pada Isnin lepas, WHO mendedahkan bahawa ekonomi Gaza terus merudum dengan kadar pengangguran meningkat menjadi 41.5% untuk suku pertama tahun 2009. Kadar kemiskinan juga naik di mana kira-kira 70% keluarga Palestin terpaksa menyara hidup dengan perbelanjaan kurang dari satu dolar sehari untuk setiap seorang, berdasarkan statistik pada bulan Mei 2008.

WHO turut memberi amaran terhadap bahaya peningkatan kandungan garam dan nitrat di dalam air bawah tanah yang memberi kesan paling utama kepada kanak-kanak.

Selain itu, laporan tersebut menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh hospital-hospital di Gaza dari segi kekurangan peralatan-peralatan perubatan serta latihan-latihan yang diperlukan setelah pasukan perubatan Gaza terputus hubungan dengan dunia luar.

Hospital-hospital juga tidak dapat menyediakan rawatan untuk penyakit-penyakit kritikal seperti pembedahan jantung dan rawatan kanser, justeru memaksa para pesakit mendapatkan rawatan di luar Gaza. Namun WHO mendedahkan bahawa pihak Israel sengaja menolak atau melambatkan banyak kes sedemikian.

Sumber: The Palestinian Information Center

Penterjemah:
Mohd Firdaus Sabturani
Ketua Pengarang
Media ISMA

WHO: Serious deterioration in Gaza health, living conditions

GAZA - The World Health Organization (WHO) has said that the Israeli siege on Gaza Strip and the latest war on it had led to a serious deterioration in the already terrible living conditions in the Strip.

The organization in a report on Monday said that Gaza’s economy was on a downward spiral as the rate of unemployment reached 41.5% in the first quarter of 2009 while the poverty rate soared to 70% among families living with less than a dollar per day for each person according to statistics of May 2008.

The report warned of increasing salinity and nitrates in water of underground wells, which mostly affects children.

WHO revealed that Gaza hospitals suffer shortage in necessary medical equipment and a retreat in training after the health teams were isolated from the outside world.

Treatment for many serious illnesses such as heart surgeries and cancer treatment are not available in Gaza and many of those patients are asked to find treatment outside the Strip, which in most cases were refused or delayed by Israel, the UN organization underlined.