|

Perutusan takziah buat Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

ISMA merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, anakanda-anakanda dan seluruh kerabat Diraja Johor serta seluruh rakyat negeri Johor di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

ISMA juga melahirkan keyakinan bahawa perjuangan Almarhum Sultan Iskandar akan diteruskan dengan adil dan saksama oleh Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang ke-25 semalam. ISMA juga meyakini bahawa kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu khususnya di negeri Johor akan terus dimartabatkan di bawah kepimpinan baginda.